The Flex FM Room

Aneka Petua:


Atasi Masalah Kelemumur
  • Kelemumur memang menimbulkan masalah terutama jika keadaannya tidak terkawal. Bagi mengatasinya, ambil secawan air kelapa tua dan gosokkan pada kulit kepala perlahan-lahan. Lakukan setiap hari atau tiga kali seminggu. In shaa Allah kelemumur dan uban akan hilang.


Serbuk Teh Menyerikan Wajah
  • Setiap wanita inginkan wajah berseri. Selain menggunakan produk moden, cara tradisional juga membantu menaikkan seri wajah. Caranya dengan merendam serbuk teh semalaman. Sapukan air rendaman teh itu ke seluruh muka pada keesokan harinya. Jika diamalkan selalu, wajah anda akan beransur-ansur licin dan kelihatan segar.


Kegunaan Lain Kulit Rambai
  • Kulit rambai selain dibuat gulai ada lagi kegunaannya. Ia boleh digunakan untuk mengatasi masalah jerawat dan jeragat. Caranya, keringkan kulit rambai dan dikisar halus. Campurkan dengan sedikit air mawar atau air masak. Sapukan pada wajah, amalkan dua kali seminggu.


Air Kelapa Muda Atasi Bibir Merekah
  • Dalam keadaan cuaca panas tidak menentu ini, kita kerap mengalami kekeringan di bibir. Kadang-kadang bibir kering jadi merekah hingga menimbulkan rasa tidak selesa. Atasi rekahan di bibir dengan meminum air kelapa muda yang dicampurkan dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. Amalkan meminumnya sekali dalam sehari dan nantikan hasilnya.


Rambut Kekal Hitam
  • Mengidamkan rambut kekal hitam? Caranya adalah dengan menggunakan bunga tebu hitam. Masak bunga tebu hitam dengan minyak kelapa. Sapukan minyak ini pada rambut. Ia boleh membantu rambut kekal hitam atau dalam erti kata lain mengelak rambut daripada beruban.


Beras Rawat Jerawat Batu
  • Jerawat batu bukan sahaja mencacatkan penampilan malah kadang-kadang menyakitkan terutama apabila jerawat batu sudah matang. Cara menghilangkan jerawat batu adalah dengan mengambil sedikit beras, tumbuk hingga halus dan campurkan dengan sedikit air. Sapukan ramuan ini pada jerawat batu sebelum tidur, tiga kali seminggu.

Source: MW

1 comments:

y i e n said...

tips yg sgt berguna :)

Join Us!

Pendengar Flex FM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...