The Flex FM Room

The Admins



Pengarah Urusan Flex FM


Syakiella Azril atau lebih dikenali sebagai "LadyB" dikalangan rakan-rakan terdekat adalah merupakan pengasas FLEX MEDIA ENTERTAINMENT (FLEX FM) dan orang yang bertanggungjawab menubuhkan FLEX FM ini dengan jayanya. Beliau juga adalah merupakan mantan PUTERI mukim Bakri, Muar Johor, Model Sambilan, Pengasas Produk Kecantikan Wanita Berjenama Ladylicious, Pakar Kecantikan & Kesihatan, Usahawan Wanita Berjaya, DJ Radio dan juga Pengasas Kelab Belia Angkatan Satria (KEBAS).


Wanita yang serba boleh ini juga adalah merupakan seorang yang suka berjenaka dan agak serius apabila berbicara mengenai niaga. Jangan tak tahu uols, beliau juga adalah seorang yang amat peramah, mungkin bagi yang tidak mengenali beliau pasti merasakan beliau terlalu garang atau serious, hah cuba kenali dulu baru tahu empunya diri. Radio Online yang diasaskan ini adalah hasil ilham beliau bersama rakan seperjuangan beliau yang dikenali dengan nama Kufaz, yang juga merupakan seorang blogger. 

Penubuhan FLEX FM ini adalah merupakan saluran media yang menyampaikan informasi maklumat mengenai isu semasa disamping menghiburkan pendengar dengan lagu-lagu hit yang terkini. Jadi bagi anda yang sentiasa melayari internet, bolehlah dengar kan radio saluran kami untuk ketenangan minda dan juga untuk menambahkan ilham. Teruskan mendengar FLEX FM bersama penyampai-penyampai kami yang sememang nya santai dan sempoiiii..

Happy Listening Uols!! 
"DIMENSI BARU BERMULA



Syakiella Azril
Chief Executive Office
Flex Media Entertainment






         




Join Us!

Pendengar Flex FM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...