The Flex FM Room

Jangan Isi Minyak Penuh Tangki

JANGAN DERMA MINYAK KEPADA TAUKE STESEN MINYAK


Di dalam tangki minyak kereta telah direka untuk supaya ada ruangan minyak dan udara, jadi mengapa perlu kita isi minyak sampai penuh tangki.

Ramai yang tidak sedar atau tidak tahu langsung, bahawa pam di stesen minyak ada sistem return pipe-line, dimana ia mengalirkan balik minyak kedalam tangki simpanan stesen minyak.

Apabila tangki minyak kereta sudah penuh, mekanisme pam akan selak injap masuk pam dan injap sistem return pipi-line dibuka, untuk membolehkan petrol berlebihan mengalir masuk balik ke tangki simpanan stesen minyak.

Ini bermakna anda telah MENDERMA MINYAK KEPADA TAUKE STESEN MINYAK.

Kalau boleh isilah petrol anda pada awal pagi semasa suhu tanah masih lagi sejuk. Kerana semua stesen minyak menanam tangki simpanan minyak mereka di bawah tanah.

Lebih sejuk tanah, lebih pada petrol. Dan apabila panas, petrol akan mengembang.

Jadi jika kita mengisi minyak di siang hari, seliter itu bukannya betul-betul seliter petrol yang anda bayar.


Apabila anda mengisi minyak, jangan tarik picu pam ke mod High ( iaitu mengisi dengan laju). Jika kita perhatikan picu pam, ia mempunyai tiga peringkat : Low, Middle dan High.

Anda perlu tarik picu pam pada mod Low, bagi mengurangkan wap yang dicipta semasa proses mengepam minyak.

Semua hos di pam mempunyai saluran pulangan wap. Jika anda mengepam pada kadar yang cepat, ada cecair yang masuk ke dalam tangki anda akan menjadi wap. Wap itu akan disedut balik kembali ke dalam tangki simpanan bawah tanah.


Satu lagi tips yang penting adalah anda perlu mengisi minyak apabila tangki petrol anda SEPARUH PENUH. Sebabnya adalah apabila lebih petrol ada di dalam tangki maka makin kurang udara mengisi ruang yang kosong.

Petrol sebenarnya menyejat lebih cepat daripada apa yang kita bayangkan. Tangki minyak kereta mempunyai bumbung terapung di dalamnya. Bumbung ini berfungsi sebagai pelepasan sifar di antara petrol dan atmosfera. Bagi mengurangkan penyejatan.


Peringatan yang terakhir, jika anda terlihat ada trak petrol sedang pam minyak ke tangki simpanan bawah tanah di stesen petrol. JANGAN ISI MINYAK, kerana anda mungkin akan mengisi kotoran ke dalam tangki minyak kereta anda.

*Kredit --> http://v12gether.blogspot.com

Liberation Wrapper: Free Woman From The Spell Of Ochobo!


Anda pasti tidak akan menyangka bahawa membuka mulut besar-besar untuk menjamah makanan seperti burger adalah dianggap tidak sopan bagi para wanita di Jepun. Dalam budaya Jepun, terdapat satu terms yang dinamakan Ochobo, sebuah konsep dimana wanita bermulut kecil bagi mendefinasikan istilah kecantikan bagi wanita di Jepun. Ia sama kesnya dengan kaki kecil di China, leher panjang dan tindik besar telinga di Afrika.

Ia sebuah budaya yang telah dibawa dari generasi ke generasi sehingga kini. Itulah sebabnya kalau kita tengok anime Jepun, semua watak lukisan mereka memiliki mulut yang kecil dan comel. Barangkali lebih kecil lebih comel bagi mereka.

So, bagi peniaga product makanan mempunyai satu kesukaran untuk menjual makanan mereka kepada wanita Jepun unless ia tidak memerlukan wanita itu membuka mulut besar-besar. So, bagaimana peniaga Burger ingin melariskan jualan mereka lagi?

Terdapat satu restoran burger di Jepun yang dinamakan Freshness Burger mengambil satu langkah bijak dalam counter "budaya" ini disamping masih mengekalkan kecantikan budaya itu. Setelah pecah kepala memikirkan idea, lantas mereka mendapat satu langkah paling baik pernah difikirkan iaitu:

Liberation Wrapper!

Liberation wrapper ini adalah wrapper untuk burger tersebut yang telah diprintkan dengan gambar mulut wanita yang kecil. Wrapper tersebut akan menutupi mulut sehingga ke hidung wanita tersebut.

So, dengan wrapper tersebut, wanita Jepun lebih bebas membuka mulut mereka walau sebesar mana pun untuk makan burger itu, manakala orang lain mendapat satu illusi sebuah wajah yang baik di depan. Simple but genius kan?

Result? Kempen tersebut mendapat hit yang sangat baik sehingga menaikkan sales burger restoran berkenaan kepada wanita di Jepun sebanyak 213% berbanding bulan sebelumnya!

Yes. Itulah sebabnya Research & Developement Department sangat penting dalam sesebuah syarikat. Jika operate dengan baik, maka ia mampu untuk menangani isu atau cabaran perniagaan dengan baik!

Lokasi Percutian Menarik: Episod 1.

Info Menarik.

Pergunungan Berapi 
Episod 1:

Yess... kepada sesiapa yang suka melancong dan sukakan pengembaraan, admin akan cuba mengupas beberapa lokasi yang best dan seharusnya anda lawati. Untuk episod 1 ini, admin ingin kongsikan beberapa buah gunung berapi yang paling menarik di dunia untuk tatapan anda.


Gunung Berapi Vesuvius, Itali.

Menurut sejarah, gunung berapi ini telah meletup sebanyak 36 kali dan letupan pertamanya merupakan bencana yang paling buruk pernah dialami di sana. Letupan itu berlaku pada tahun 79 sebelum masihi apabila gunung ini menenggelamkan 3,360 orang Roman yang kaya raya yang hidup di bandar Pompeii. Tragedi ini meninggalkan kesan yang sangat mendalam di mana ia mengekalkan reka bentuk bandar tersebut termasuk mangsa dan binatang perliharaan yang ditelan larva yang membunuh. Kepada mereka yang sememangnya gemar mengetahui sejarah dan kajian gunung berapi, ia merupakan satu lawatan yang harus anda buat!


Gunung berapi Fuji, Jepun.

Gunung berapi yang setinggi 12,000 kaki dari paras laut ini merupakan gunung tertinggi di Jepun dan menjadi salah satu tempat perlancongan terkenal di dunia. Walaupun tidak dapat dilihat kerana diselindungi oleh awan sebahagian besar tempoh dalam tahun itu, gunung berapi ini dapat dilihat secara jelas pada hari yang cerah dari Tokyo, 60 batu jaraknya. Pada tahun 1707, gunung berapi Fuji ini meletus dan meliputi Tokyo dengan debunya.


Gunung berapi Bromo, Jawa Timur, Indonesia.

Gunung Bromo ini terletak di Taman Negara Bromo-Tengger-Semeru dan terkenal dengan puncaknya yang cantik. Gunung berapi aktif ini melerus kali terakhirnya pada Disember 2000. Para pengunjungi hanya boleh melawati gunung tersebut dengan menggunakan laluan kuda disebabkan lokasi gunung tersebut dikatakan tidak selamat untuk para pengembara. Pada awal November setiap tahun, satu upacara Kasodo diadakan. Upacara ini dibuat dengan ketua puak membuang satu bentuk "pengorbanan" (daging, baju, barang hiasan dan sebagainya) ke dalam mulut gunung berapi ini. Kemudian, warga puak tersebut akan cuba samaada melompat atau menuruni mulut gunung ini dan mengambil "pengorbanan" itu. Mereka percaya bahawa mendapatkan barang buangan itu akan berikan mereka kekayaan.

Nantikan episod 2 dari admin nanti!

- K.

Join Us!

Pendengar Flex FM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...