The Flex FM Room

Bongkar 5 Makanan Diet & Awet Muda

   


     Tua adalah satu perubahan yang sangat ditakuti oleh lelaki mahupun wanita. Sebolehnya ingin disembunyikan sahaja apabila ada yang bertanya tentang umur kerana ia merupakan sesuatu yang sangat sensitif untuk dikongsi bersama. Bagaimanapun, proses penuaan harus dilalui dan dirasai oleh setiap individu. Sungguhpun begitu, ia masih boleh diperlahankan dan dikurangkan melalui gaya hidup serta pola pemakanan yang sihat. Isu diet kali ini memaparkan amalan pemakanan bukan saja untuk langsing tapi juga untuk awet muda.


Ikan Salmon
  • Ramai sedia maklum tentang khasiat yang terkandung di dalam ikan salmon. Meskipun harga yang ditawarkan mahal namun ia banyak memberi manfaat terhadap kesihatan terutamanya jantung. Di samping itu, kandungan asid lemak omega 3 yang terdapat di dalamnya dikatakan berupaya menjadikan kulit lebih sihat dan tegang. Terdapat sebuah kajian yang dijalankan oleh The Journal of American College of Nutrition menemui, mana-mana individu yang mengambil makanan ini secara teratur maka kesan kedutan di wajah kurang sedikit berbanding individu yang gemar mengambil daging merah.

Teh
  • Sebenarnya, teh kaya dengan bahan antioksidan iaitu polifenol. Selain membantu mencegah sel kanser pada kulit, ia juga dikatakan berupaya meningkatkan sistem imuniti badan. Oleh itu, ambillah teh sebagai minuman rutin anda agar kesan penuaan dapat dikurangkan sedikit demi sedikit.

Buah Beri
  • Adakah anda tahu bahawa beri yang terdapat di dalam buah strawberi, raspberi dan blackberry amat penting dalam pembentukan kolagen. Kolagen yang sering disebut-sebut ini sebenarnya mampu mencegah pembentukan kedutan. Kandungan vitamin C di dalamnya juga berupaya melawan kerosakan oksidatif yang disebabkan oleh sinaran matahari, pencemaran dan tekanan.

Kacang Kenari
  • Tidak jauh bezanya dengan ikan salmon, kacang kenari dikatakan mengandungi asid lemak omega 3 yang berupaya menguatkan lagi sel membran kulit. Membran yang dimaksudkan sangat penting bagi mengekalkan kelembapan kulit sekaligus mengurangkan masalah keradangan kulit akibat pancaran matahari secara terus. Masalah penuaan awal ini tidak mungkin berlaku sekiranya anda mengamalkan beberapa contoh makanan yang telah dicadangkan tadi.

Yogurt
  • Susu masam atau lebih sinonim dengan nama yogurt sebenarnya mengandungi kalsium dan vitamin D yang mampu memberikan tahap kesihatan gigi dan mulut. Kesan pengambilannya dapat dirasai apabila anda tersenyum yang mana bibir lebih selesa dibuka malah kedutan di kawasan sekitarnya juga berkurangan. Sebab itulah dikatakan individu yang murah dengan senyuman lambat kelihatan tua lantaran kedutan di sekitar mulutnya kian berkurangan.

0 comments:

Join Us!

Pendengar Flex FM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...