The Flex FM Room

Dapur Juga Perlu Bersih


Kebersihan makanan bermula dengan kebersihan di peringkat memasak. Ikuti langkah berikut untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.


Cuci tangan menggunakan sabun

  • Cuci tangan selama lebih kurang 20 saat. Bersihkan jari, tapak dan belakang tangan termasuk kuku. Sabun antiseptik merupakan pilihan yang tepat.

Cuci buah dan sayuran
  • Ini bagi menghilangkan kuman serta bahan kimia yang mungkin ada pada buah dan sayuran, selain debu dan kotoran. Terdapat pencuci khusus untuk tujuan ini dan bilas bersih.

Cuci peralatan memasak
  • Setelah memotong daging atau ikan, cuci peralatan memasak dengan sabun dan gunakan air panas untuk melengkapkan pencucian. Selepas mencuci, bersihkan span di dalam air sabun yang banyak.

Papan pemotong bukan kayu
  • Meski sudah dicuci bersih, bakteria daripada daging mungkin tertinggal di papan pemotong, terutama papan pemotong dibuat dari kayu dan lembap. Sediakan dua papan pemotong berasingan; untuk bahan mentah dan bahan sedia dimakan.

Segera disajikan atau simpan
  • Makanan olahan keju atau daging tidak boleh dibiarkan berada dalam suhu bilik selama lebih dari dua jam. Ia berisiko dicemari oleh lalat. Hindarkan juga mengeluarkan makanan dari dalam peti sejuk atau pembeku lebih dari dua jam sebelum disajikan.

0 comments:

Join Us!

Pendengar Flex FM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...