The Flex FM Room

Kenali Karakter Orang Berjaya

Adakah anda rasa rendah diri kerana tiada segulung ijazah berbanding rakan-rakan? Kekurangan dari sudut kewangan buat anda putus asa mengejar kejayaan? Jika mengecap kejayaan adalah sesuatu yang mudah, ia akan jadi tidak mencabar kerana kesukaran itu yang membuatkan nilai kejayaan sangat bermakna. Tidak kira apa juga kekangannya, dengan memiliki sikap yang betul anda pasti berjaya seperti tokoh terkemuka. Ikuti apa yang boleh anda pelajari daripada mereka.

Bekerja Kuat

  • Input yang anda berikan bersamaan dengan output yang anda akan terima. Lebih kuat anda bekerja, lebih besar kejayaan yang akan dicapai. Tetapi ia juga menuntut anda melakukan pengorbanan termasuklah wang ringgit atau waktu bersama keluarga. Individu yang berjaya tidak akan merungut apabila menghadapi cabaran kerana mereka yakin segala kerja keras tersebut akan berbayar kelak. Mereka akan fokus dan hanya jangkakan yang terbaik.
Belajar Daripada Pengalaman
  • Sama ada disedari atau tidak, kebanyakan individu (termasuklah anda) memiliki sifat degil, tidak mahu mempelajari perkara baru dan berfikiran sempit terhadap sesuatu perkara yang tidak anda sukai. Individu yang berjaya pula miliki perspektif sebaliknya. Mereka bersikap terbuka dan sentiasa ingin mempelajari perkara baru. Mereka bertanya soalan agar dapat memahami lebih banyak informasi. Mereka tahu ilmu adalah tulang belakang sesuatu kejayaan. Lebih banyak yang anda tahu, lebih mudah perjalanan anda untuk menempa kejayaan.
Unik Dan Kreatif
  • Individu yang berjaya melihat peluang dalam setiap cabaran sementara orang lain melihatnya sebagai masalah. Mereka tidak hanya menerima setiap perkara bulat-bulat dan sentiasa berfikir secara kritikal. Mereka tidak gentar akan pandangan negatif orang lain terhadap diri mereka.
Nikmati Hidup Pada Waktu Sekarang
  • Individu yang berjaya tahu bahawa sekarang adalah satu-satunya waktu yang boleh dikawal oleh mereka. Mereka memaksimumkan setiap peluang yang ada. pengalaman dan kekalahan lalu dianggap sebagai memori. Fokus utama mereka adalah kejayaan yang ingin dicapai pada masa hadapan. Kebanyakan ikon yang berjaya menjadikan memori pahit atau silam dengan bangkit semula dan tidak dijadikan ia sebagai alasan untuk tidak berjaya.
Miliki Jaringan Kenalan Yang Positif
  • Bak kata pepatah, your network is your net worth. Tidak semestinya orang yang paling menyerlah di dalam sesuatu kumpulan adalah orang yang paling berjaya. Kebanyakan individu yang berjaya lebih gemar bersikap merendah diri berbanding menonjolkan kelebihan mereka. Tetapi mereka memiliki karakter positif yang menarik golongan yang memiliki sikap serupa untuk menjadi kenalan mereka. Jadi kelilingi diri dengan individu positif dan mendukung kerana mereka adalah faktor penting penentu kejayaan anda.
Bijak Hadapi Masalah
  • Walaupun ketika dihimpit masalah paling rumit, individu yang berjaya tidak mudah melatah dengan masalah. Mereka akan bertenang, menganalisis perkara tersebut daripada perspektif positif, bertanya soalan yang betul dan kemudian membuat keputusan yang tepat. Kekuatan ini dipengaruhi oleh satu perkara; mereka tidak membiarkan emosi menguasai pemikiran mereka.
Lebih Bertanggungjawab
  • Kebanyakan individu akan cuba mencari alasan apabila sesuatu perkara yang dilakukan menemui kegagalan. Dengan menyalahkan pihak atau perkara lain, ia akan buat mereka rasa kurang bersalah terhadap situasi tersebut. Individu yang berjaya tidak akan takut bertanggungjawab dan tidak menuding jari jika sesuatu perkara dilakukan tidak berjaya. Bagi mereka, kegagalan adalah jalan untuk berjaya.

0 comments:

Join Us!

Pendengar Flex FM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...