The Flex FM Room

FLEX FM MEDIA ENTERTAINMENT

Selamat Datang Ke Flex FM!
Dimensi Baru Bermula

Flex FM merupakan radio online yang diilhamkan oleh Syakiella Azril dan Kufazriesyah didalam usaha mereka untuk ketengahkan unsur-unsur positif dalam kehidupan masyarakat. Dengan mengikuti situasi dan keadaan semasa yang semakin meruncing dengan pengaruh negatif yang melanda sosial masyarakat, Flex FM ingin memainkan peranan mereka dalam mempromosikan gaya hidup yang sihat dimana secara tidak langsung dapat memupuk masyarakat agar bebas tekanan dan menjalani kehidupan yang lebih baik. 

Disamping itu, Flex FM juga ditubuhkan diatas rasa keikhlasan dalam membantu kehidupan lain yang lebih memerlukan seiring dengan perasaan ingin berkongsi kehidupan dan kesenangan yang dikecapi bersama golongan-golongan yang kurang bernasib baik. Selain dari berfungsi sebagai saluran hiburan yang ceria kepada pendengan, Flex FM juga berperanan sebagai rakan perniagaan kepada mana-mana syarikat atau golongan professional yang ingin mengembangkan atau memperluaskan permintaan untuk produk dan service yang disediakan.


Di Dimensi Flex FM, stesen radio online ini akan menyajikan pelbagai rancangan dan segmen menarik untuk para pendengar dan radio ini beroperasi selama 24 jam tanpa henti. Ye.. 24 jam penuh dengan hits-hits menarik, segar disisipkan dengan pesanan khdmat masyarakat yang akan memastikan anda terhibur sepanjang bersiaran bersama Flex FM!

Hits-hits di radio ini merangkumi pelbagai genre dari Pop, Balada dan Rock dari dalam dan luar negara!

Di Flex FM juga, kami menyediakan kepada anda segmen-segmen menarik yang akan memenuhi citarasa anda serta membawa suatu arus yang baru dalam dunia penyiaran radio. Ye... inilah dia...

Dimensi Baru Bermula!

0 comments:

Join Us!

Pendengar Flex FM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...