The Flex FM Room

Tabiat Yang Menjejaskan Kesihatan

     Tidak bermakna sekiranya anda mengambil makanan sihat dan melakukan senaman secara rutin maka tubuh sudah bebas daripada penyakit sekali gus boleh diiktiraf sebagai sihat. Meskipun ia merupakan kunci utama tetapi bukanlah menjadi jaminan yang kuat hinggakan ada yang berfikiran selesa dengan menghentikan amalan kesihatan yang lazimnya dilakukan.
     Di bawah, terdapat empat jenis amalan mahupun sikap buruk yang mampu menjejaskan kesihatan. Sekalipun ia menarik dan seronok dipraktikkan namun aspek negatif mengenainya lebih cepat menguasai sama ada dari segi mental mahupun fizikal.


Merokok
  • Sama ada anda dikategorikan sebagai perokok tegar atau tidak, merokok telah menjadi satu kebiasaan yang sememangnya tidak mendatangkan manfaat terhadap kesihatan. Disebabkan itulah tabiat buruk ini perlu dihentikan secepat yang mungkin bagi mengelak bertandangnya penyakit-penyakit kronik seperti jantung, kanser dan macam-macam lagi.

Bangun Lambat
  • Sesetengah individu berhadapan kesukaran bangun tidur pada awal pagi. Sekalipun jam loceng telah berbunyi beberapa kali tetapi ia cepat benar dimatikan seterusnya lena disambung kembali. Sikap ini nyata meninggalkan kesan buruk terhadap kesihatan. Ini kerana, golongan dewasa tidak sepatutnya tidur lebih daripada sembilan ke sepuluh jam sehari. Bukan cakap-cakap kosong kerana dibimbangkan obesiti, diabetes dan jantung mudah menjangkiti individu yang masih mengekalkan sikap-sikap ini.

Tunda Waktu Makan
  • Sekalipun sibuk dengan tugas-tugas harian tetapi waktu makan tidak seharusnya diabaikan. Memandangkan kini rata-rata individu terlalu obses dengan kerja maka jalan mudahnya adalah dengan menangguhkan dan menggabungkannya. Sebagai contoh, sarapan dan makan tengah hari senang diambil bersama memandangkan tempoh masanya tidak lama. Kelihatan waktu telah dijimatkan di situ tetapi hakikatnya ia hanya membuatkan berat badan anda kembali naik secara drastik.

Lama Menghadap Komputer
  • Zaman yang serba canggih membuatkan maklumat boleh diperoleh hanya di hujung jari. Bagaimanapun, kesan buruk menanti individu yang gemar menghadap komputer atau laptop lebih dari 12 jam setiap hari. Dikatakan, peratusan individu yang masih dengan tabiat lama (berjam-jam di hadapan skrin komputer) boleh meningkatkan risiko kematian awal. Oleh itu, gunakanlah waktu anda sebaiknya terutama sekali ketika berada di hadapan komputer. Sekali-sekala, bangunlah dari kerusi dan berjalan-jalanlah dengan tenang.

0 comments:

Join Us!

Pendengar Flex FM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...