The Flex FM Room

Resipi MUDAH Makaroni Bakar


Hai Flexian sekalian. Nak tau cara masak Macaroni Bakar?
Sedap gila tau! Cubalah ye...

Bahan-bahan:
1> 250 gram Makaroni
2> 2 ulas - Bawang putih (potong nipis)
3> 1 biji - Bawang besar (potong dadu)
4> 5 biji - Telur
5> 2 sudu besar - Rempah kari daging
6> Daging kisar
7> 2,3 batang - Sosej
8> Gula dan garam
9> Minyak
10> Keju
11> 1 sudu besar - Lada hitam

Cara masak:

1. Rebus makaroni. Bila sudah lembut, toskan.

2. Tumis bawang putih serta bawang besar.

3. Masukkan daging kisar. Biarkan daging masak atau bertukar warna. Tapi jangan sampai hangus ye.

4. Masukkan rempah kari daging dan kacau hingga sebati. Tambah gula dan garam secukup rasa. Tapi jangan banyak sangat. Lebihkan manis dalam senyuman.

5. Sekarang baru masukkan makaroni. Gaul sehingga sebati.

6. Sediakan loyang yang dah digris dengan marjerin. Masukkan bahan yang dimasak tadi ke dalam loyang.

7. Pukul telur macam nak buat telur dadar dan masukkan dalam loyang. Pastikan telur tu menenggelamkan makaroni tadi. Kalau tak cukup telur, tambah lagi.

8. Taburkan cheese atas semua bahan tadi. Ini optional, kalau taknak pun takpe. Tapi kalau letak, meletop rasanya!

9. Masukkan dalam oven yang dah dipanaskan dan bakar pada suhu 180 celcius selama 45 minit.

10. Keluarkan daripada oven. Yeah... dah siap! Untuk hiasan, bolehlah taburkan daun bawang, daun sup ataupun apa saja yang menyelerakan bagi anda.

Selamat mencuba!!

~ K.

Bersama Selebriti: Shazz


Dalam segmen Carta Flex Sabtu lepas (3/5/2014), Apex dan Rashid telah menemuramah seorang artis baru yang bakal menggegarkan inustri muzik tanahair. Ye.. memperkenalkan SHAZZ!

Jom kita kenali serba sedikit mengenai gadis berkulit cerah dan punyai senyuman yang menawan ini.

Shazz merupakan seorang artis di bawah naungan Antik Musiz Production. Beliau mendapat tahu mengenai satu audition yang dijalankan oleh production house tersebut dan cuba nasib beliau di sana. Kojai (turut hadir), yang merupakan selaku orang kuat Antik Production, tertarik dengan pakej yang dipunyai oleh Shazz ini dan cuba menjalankan beberapa siri saringan lagi terhadap artis ini. Dan setelah beliau berpuas hati, Shazz diambil di bawah naungan mereka.

Gadis ini yang merupakan graduan Kolej Yayasan Melaka dalam bidang Teater, bakal mengeluarkan single beliau yang bertajuk "Terluka". Lagu tersebut diilhamkan oleh mentornya sendiri iaitu Kojai.

Di dalam temuramah tersebut, Shazz pada mulanya kelihatan malu untuk bersuara namun beliau berjaya keluar daripada zon selesa itu setelah bergurau senda bersama penyampai. Lebih-lebih lagi apabila penyampai Pan Asia Flex FM iaitu Rashid memberi task sketsa pendek untuk Shazz lakonkan bersama dengan Kojai hingga merancakkan serta meriuhkan suasana.

Kojai juga menyatakan bahawa beliau yakin peminat dapat menerima Shazz di industri seni ini kerana beliau yakin Shazz mempunyai keunikkannya yang tersendiri. Tentu ramai yang nak tahu kan genre apa yang bakal Shazz bawa ini. Ye... Shazz akan menyanyikan lagu berkonsepkan rock sinonim dengan penampilan beliau yang bersahaja dan ringkas. Jadi, nantikan kemunculan lagu-lagu daripada beliau!

Teruskan bersama Flex FM dengan segmen-segmen menarik yang lain!

~ K.


Aziz Sattar Meninggal Dunia. Perginya Permata Berharga Industri Seni Tanahair.


"Walau muka mu tidak ku kenal, tapi lobang hidong mu tatap menjadi pojaan hatiku"

Siapa yang tidak kenali dialog di atas? Tak kira dari budak kecil hingga para veteran, pastinya akan teriang di telinga bagaimana seniman lagenda, Aziz Sattar yang semasa itu berlakon sebagai Ajis dalam Seniman Bujang Lapok kenakan skrip itu kepada Ahmad Nisfu. Tengok berulang kali pun, ia tetap mampu mencuit hati kita. Begitulah hebatnya filem melayu zaman tv masih lagi hitam putih.

Namun, kini sahabat 3 serangkai itu, telah tiada setelah Aziz Sattar, meninggal dunia pagi tadi pada jam 2 pagi di Hospital Kajang akibat sakit jantung.

Kini tiada lagi Ramlee, Sudin dan Ajis yang menjadi ikonik kepada industri hiburan kita sewaktu ketika dahulu. Sungguh sedih apabila mengenangkan hal ini. Sebab bagi aku, belum ada lagi pelakon yang mampu replicate apa yang mereka lakukan selama dalam industri perfileman. Ntah bilakah agaknya filem-filem kita akan lebih bermutu seperti zaman-zaman P.Ramlee.

Allahyarham meninggal dunia di samping dua anak, menantu dan cucunya. Dan kini ahli keluarganya akan menguruskan jenazahnya yang akan dibawa ke rumahnya di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Pengebumian dijangka akan berlangsung pagi ini.

Terima kasih di atas segala nasihat, moral dan lawak jenaka yang akan diingati oleh kami wahai Pak Ajis. Sesungguhnya pemergianmu tiada gantinya.

CHERITA DO-RE-MI KINI TAMMAT

Al-Fatihah

Kredit: The Kufazuke Show

Join Us!

Pendengar Flex FM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...