The Flex FM Room

MATTA Fair 2014


Kita manusia seringkali terlupa dengan apa yang paling penting dalam hidup kita. Lebih-lebih jenis yang berkerjaya besar dan memiliki komitmen yang sangat tinggi terhadap kerja-kerjanya. Namun, apa guna semuanya jika permata yang lebih penting seperti rakan. keluarga disisihkan. Apabila tiba satu masa, maka tiada guna harta benda yang telah dikumpul sejak sekian lamanya apabila diri disisihkan oleh keluarga.

Jadi, kita haruslah bijak dalam mengimbangi keperluan masa bagi kerjaya, famili dan juga rakan-rakan. Kerja sememangnya takkan habis sampai bila-bila. Tapi usia kita bakal berakhir juga akhirnya. Janganlah lepaskan sesuatu yang bernilai dalam hidup kerana masa yang pergi, takkan kembali lagi.

Oleh itu, penganjuran karnival seperti Matta Fair ini amat baik jika anda lawati. Acara tahunan ini menyediakan pelbagai pakej-pakej perlancongan yang menarik untuk kita malah dalam azara sebegini, diskaun sehingga 70% boleh didapati.

Bawalah keluarga anda pergi bercuti di pulau-pulau, tepi pantai, pusat peranginan atau ke luar negara sekali pun asalkan anda meluangkan masa anda bersama orang tersayang. 

Dalam anjuran Matta Fair 2014 yang bertempat di PWTC tempoh hari, terdapat 4 dewan utama dijadikan booth-booth agency yang menawarkan pakej-pakej menarik kepada pengunjung. Setiap dewan dikategorikan kepada jenis perlancongan masing-masing. Dari dalam negara sehingga ke luar negara. 

Ia amat menarik sekali apabila para pengunjung diberi peluang untuk menilai dan membandingkan pakej-pakej yang ada bersama tawaran dari agensi-agensi lain supaya lebih senang untuk membuat keputusan. 

Malah, para pengunjung juga diberi kelebihan untuk 'booking' dahulu pakej percutian yang diingini dengan deposit yang sangat rendah dan boleh membuat tempahan apabila sudah membuat keputusan tarikh untuk pergi bercuti.

Jadi, kepada anda yang terlepas Matta Fair 2014, jangan risau. Kerana event sebegini diadakan setiap tahun dan menjadi salah satu tarikh penting dalam diari pengunjung dan para kaki libur sekalian. Inshallah, ia akan diadakan sekali lagi pada tahun hadapan.

Anda boleh merujuk kepada official website dan page di Facebook bagi mendapatkan tarikh-tarikh dan info berkenaan Matta Fair ini.

Yang penting, pastikan anda luangkan masa anda untuk bersama keluarga anda. Itu yang penting.


0 comments:

Join Us!

Pendengar Flex FM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...