The Flex FM Room

Bersama Selebriti: Findout


Pada Sabtu 16 November 2013, kami bersama sebuah band yang popular dengan lagu "Memanggil" iaitu FINDOUT. Seperti biasa dalam temubual mereka menceritakan detik perkenalan mereka dan bagaimana Findout ditubuhkan. Mereka banyak muncul dalam beberapa rancangan di stesen televisyen dan radio tempatan.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Findout, anda boleh dapatkan info-info mereka di:

FACEBOOK: FINDOUT,
TWITTER: FINDOUTBAND.


Bersama Selebriti: Lights Of Wasteland


Dalam segmen Santai dan Rileks bersama Kufaz dan Syakiella, An dan Dean daripada band Lights of Wasteland turut sama memeriahkan suasana malam yang sememangnya ceria dan santai.

Band ini dianggotai 5 anak muda yang hensem-hensem belaka dan bermain satu genre yang mereka gelarkan sebagai breakthrough daripada post metal dan rock yang mereka main sebelum ini.

Karya mereka masih di dalam progress penampilannya dan akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Selain itu, jika anda tidak mengikuti segmen ini, anda terlepas mendengarkan lagu mereka yang dinyanyikan live drpd Flex FM.. Fuh.. rugi rugi.. haha..

Haa.. kalau anda nak tau lebih lanjut daripada mereka, jenguk-jenguklah fanpage mereka di Lights Of Wasteland dan ikuti perkembangan mereka y'all!






Bersama Selebriti: Keena Mentor


Pada malam bersama artis kita Keena Mentor ini, memang cukup meriah. Kami di sini memang sangat bertuah apabila Keena Mentor meluangkan masa beliau untuk bersama kami.

Kalau anda nak tahu, Keena akan mengadakan temuramah khas melalui TV Media di Medan dan 3 station radio di sana! Wow... Beliau diuruskan oleh Pak Ruby sebagai manager beliau di sana...

Beliau juga mempunyai pelbagai kebolehan bukan sahaja di dalam bidang nyanyian tetapi tetapi juga berkebolehan berlakon, mengacara dan membuat iklan.

Keena juga akan release album beliau tidak lama lagi yang turut akan memuatkan lagu-lagu seperti Ronda Nirmala yang berlatar suarakan oleh pemuzik-pemuzik otai!

Malam kami sangat best... dan terima kasih kepada Keena Mentor kerana sudi memeriahkan suasana di Flex FM!






Bersama Selebriti: Lan Gamma And The Supermen



Kumpulan Gamma dan Masa Scarecrow tidak asing lagi di dalam industri hiburan tanah air kita. Malah tidak keterlaluan andai kita memanggil mereka sebagai lagenda kerana berpaut kuat kepada irama rock dan pernah mengegarkan industri hiburan tanah air kita sewaktu era 80an dan 90an.

Setelah sekian lama merindui mereka, akhirnya Lan Gamma & The Supermen muncul untuk menemui peminat yang sudah lama dahagakan irama rock yang padu dan indah. Kami di Flex FM ini sungguh bertuah kerana dapat menemuramah Lan Gamma dan Madi Masa daripada band ini dan mengikuti perkembangan perjuangan muzik mereka.

Band Lan Gamma & The Supermen ini terdiri daripada otai-otai rock iaitu Lan Gamma, Madi Masa, Kojai dan Black Wings. Dan sudah pastinya ramai yang setia menanti mereka yang akan datang dengan karya-karya terbaru mereka seperti Suria Sana dan Masa Asyik.

Selain daripada itu, semasa sesi temu bual bersama mereka berdua, banyak info-info mengenai projek terbaru mereka yang salah satunya ialah ROCKERS APA KHABAR yang juga merupakan rancangan TV yang akan disiarkan di TV2 pada 14 JANUARY 2014 Jam 11 PAGI. Ramai artis rock yang popular ketika era 80an membuat persembahan dalam rancangan ini seperti SATIRA, PUTRA, SEJATI dan ramai lagi.

Dan dengan kehadiran mereka di konti kami juga, suasana yang sememangnya ceria, bertambah hangat dan meriah!










Bersama Selibriti: Zuhaili The Apple Three


Yeah... Bersama Zuhaili daripada The Apple Three. Satu lagi penggiat seni yang telah diwawancara bersama Flex FM dalam segmen Porak Peranda yang dikendalikan oleh Apek CZ dan Rashid S.A. Pada malam tersebut, segmen ini telah menjadi meriah dan ceria apabila pelbagai soalan pedas ditujukan kepada Zuhaili oleh penyampai kami dan tidak kurang juga sesi counterback daripada Zuhaili yang akhirnya memecahkan kesunyian malam dengan hilaian tawa dan saat menggembirakan.

Lagu daripada The Apple Three iaitu "Untukmu" juga berada di dalam Carta Flex FM dan rata-rata menerima undian daripada peminat dengan baik.

Apabila di dengar lagu-lagu daripada The Apple Three, pastinya ramai yang akan menyangka bahawa lagu tersebut di terbitkan sekitar era tahun 80an yang sedikit sebanyak membawa arus melodi disko dan retro. Tetapi pastinya ramai yang tidak menyangka bahawa lagu-lagu tersebut dibawa oleh anak-anak muda zaman sekarang yang percaya dan terus setia mengikut passion mereka sendiri tanpa terbawa-bawa arus perubahan trend di dalam industri seni. Kudos to them!

So... Jangan lupa untuk vote band-band indie kegemaran anda ya di Flex Fan Club untuk mengekalkan band pujaan anda di dalam Carta Flex FM!!








Flex FM: Berusia 2 Bulan!!


Wow... sebenarnya saya semacam tidak percaya yang Flex FM ini sudah pun hampir ke bulan ke-2 perlancarannya. Masih bayi lagi.. kalau manusia, maka Flex FM ini baru belajar bertatih untuk berjalan. Hehe.

Sepanjang 2 bulan ini, Flex FM telah banyak bawakan artis-artis jemputan yang turut sama memeriahkan suasana di Flex FM ini. Antaranya seperti, Mimi O.N.E, Poe, Angelika, Final Jamm, Apple Three, Lan Gamma & The Supermen dan ramai lagi yang akan datang.

Di samping itu, Flex FM juga menjadi radio rasmi untuk event UHS Band Starz 2013 yang diadakan di Kompleks Sukan Air Putrajaya, 20 Oktober 2013. Wow.. ia sebenarnya satu penghargaan besar buat kami di Flex FM menjadi satu badan yang turut serta di dalam event yang gilang gemilang itu!

Flex FM juga bukan sahaja aktif dalam penyiaran radio online ini, tetapi juga bergiat dalam channel di Youtube! Channel itu dinamakan FlexFM.TV yang menyediakan pelbagai video yang memaparkan aktiviti-aktiviti dan sketsa para penyampai Flex FM yang pastinya mencuit hati. Jadi, jangan ketinggalan ye, Subscribe channel FlexFM.TV di Youtube tau!

So.. apa lagi setelah 2 bulan perlancaran radio yang hype ini? Haa.. sudah pasti terdapat pelbagai lagi event-event serta segmen-segmen baru yang akan menyusul nanti.. Nak tau apa dia? Haa.. rajin-rajin la ye ikuti kami di fanpage (LIKE tau!), fan club (join tau!)....

So... stay tune bersama kami!!

DIMENSI BARU BERMULA!

Flex FM Capai Milestone Pertama!!



Yeah.. tanggal 5 November 2013 merupakan hari di mana Flex FM mencapai pageview 10,000 yang pertama!! Bravo!! Dan yang lagi best, ia diindahkan lagi dengan sambutan Awal Muharram yang menjadi titik tahun baru dalam kalendar Islam.

Wow... oleh itu, kami di Flex FM ni berazam akan membuat dan memberikan yang terbaik untuk anda semua. So... mari bersama kami di Flex FM dengan membawa arus positif dan kehidupan kita supaya kehidupan kita saling bahagia dan indah!!

Jangan lupa LIKE kami di FANPAGE dan follow di FLEX FAN CLUB dan sama-sama memeriahkan suasana lagi!! Selain itu SUBSCRIBE ye channel kami di Youtube!

Dimensi Baru Bermula!


Join Us!

Pendengar Flex FM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...