The Flex FM Room

Showing posts with label 11. Berita. Show all posts
Showing posts with label 11. Berita. Show all posts

Berita: Penduduk di Longyearbyen di larang meninggal dunia

ANEH dan pelik! Itulah ungkapan sesuai untuk mengambarkan mengenai undang-undang yang terdapat di sebuah bandar terpencil yang berada di kepulauan Artik di Svalbard, Longyearbyen Norway.

Manakan tidak, hanya di bandar ini  penduduknya di larang untuk meninggal dunia.

Bagi yang 'melanggar' undang-undang ini, ia dikategorikan sebagai melanggar undang-undang. Yang pastinya menjadi satu persoalan besar, kenapa tidak boleh meninggal dunia di Longyearbyen?

Menurut Wikipedia, larangan tersebut hakikatnya bersebab kerana tanah di Longyearbyen merupakan tanah permafrost.

Dalam ilmu geologi , permafrost adalah suatu jenis tanah yang terletak di lintang tinggi atau yang berada di sekitar kutub utara dan selatan. Tanah jenis ini berada di titik beku pada suhu 0 darjah Celsius.

Tanah-tanah jenis permafrost akan muncul atau terbentuk ketika suhu sekitar mencapai rata-rata -2' Celsius. Tanah permafrost biasa ditemui di sebahagian besar Siberia, Kanada, Alaska dan Greenland.

Justeru sekiranya mayat dikebumikan di kawasan berkenaan, mayat tidak boleh hancur atau reput seperti mayat-mayat yang dikuburkan dikawasan lain di dunia ini.

Sebagai penyelesaiannya, bagi siapa saja yang meninggal atau kerana sakit, kemalangan atau lain, mayat yang bersangkutan akan diangkut dengan menggunakan kapal atau helikopter dan dibawa ke Pulau Utama Norway.

Bagi sesiapa yang dalam keadaan tenat bolehlah pergi kawasan lain selain daripada Longyearbyen.

Serba sedikit mengenai Svalbard, menurut Wikipedia Longyearbyen merupakan penempatan terbesar dan pusat pentadbiran di Svalbard, Norway.

Pada tahun 2008, bandar ini mempunyai jumlah penduduk seramai 2,040 orang.


Sumber: Sinar Harian.

JPJ keluar 26,733 saman di Melaka


Melaka: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri mengeluarkan 26,733 saman membabitkan pelbagai kesalahan dari Januari hingga Oktober ini.

Pengarahnya Azaharuldin Abdullah berkata, sejumlah 6,142 daripadanya membabitkan kesalahan lesen memandu, cukai jalan (8,366), teknikal (4,599) dan lain-lain kes (7,626).

"Bagi tempoh sama juga sebanyak 18,052 kenderaan yang diperiksa diambil tindakan dan 160 daripadanya disita.

“Kita juga mengeluarkan 13,974 saman dengan nilai kompaun RM2.4 juta dari Januari hingga September lalu," katanya pada sidang media selepas menyertai Operasi Bersepadu Bulan November di Lebuh Alor Gajah - Melaka Tengah -Jasin (AMJ) di sini, malam tadi.

Katanya, dalam operasi itu pihaknya mengeluarkan 102 saman membabitkan pelbagai kesalahan dan turut menyita sebuah motosikal.

"Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) turut menahan tiga lelaki berusia 21 hingga 28 tahun kerana didapati positif ganja," katanya.

- SUMBER: MY METRO (7/11/2014)

31,000 ayam belanda dibunuh kerana selesema burung

Gambar Hiasan
JERMAN 7 Nov. - Sebanyak 31,000 ekor ayam belanda di Turki dibunuh kelmarin selepas sejenis wabak selsema burung ditemui di utara Jerman.
Ayam belanda itu diternak di sebuah ladang di Heinrichswalde, sebuah pekan di daerah Mecklenburg-Vorpommern dan didapati mempunyai virus H5N8 yang sangat patogenik, menandakan kali pertama kes selesema burung tersebut berlaku di Eropah.
Beberapa ekor burung mula didapati menunjukan beberapa simptom pada minggu lalu dengan jumlah haiwan yang sakit meningkat mendadak sejak tiga hari lalu.
Institut Penyelidik Veterinar Jerman, FLI mengesahkan bahawa haiwan-haiwan itu dijangkiti virus H5N8. - AGENSI / UTUSAN

Join Us!

Pendengar Flex FM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...