The Flex FM Room

Bersama Selebriti: Findout


Pada Sabtu 16 November 2013, kami bersama sebuah band yang popular dengan lagu "Memanggil" iaitu FINDOUT. Seperti biasa dalam temubual mereka menceritakan detik perkenalan mereka dan bagaimana Findout ditubuhkan. Mereka banyak muncul dalam beberapa rancangan di stesen televisyen dan radio tempatan.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Findout, anda boleh dapatkan info-info mereka di:

FACEBOOK: FINDOUT,
TWITTER: FINDOUTBAND.


Bersama Selebriti: Lights Of Wasteland


Dalam segmen Santai dan Rileks bersama Kufaz dan Syakiella, An dan Dean daripada band Lights of Wasteland turut sama memeriahkan suasana malam yang sememangnya ceria dan santai.

Band ini dianggotai 5 anak muda yang hensem-hensem belaka dan bermain satu genre yang mereka gelarkan sebagai breakthrough daripada post metal dan rock yang mereka main sebelum ini.

Karya mereka masih di dalam progress penampilannya dan akan dikeluarkan tidak lama lagi.

Selain itu, jika anda tidak mengikuti segmen ini, anda terlepas mendengarkan lagu mereka yang dinyanyikan live drpd Flex FM.. Fuh.. rugi rugi.. haha..

Haa.. kalau anda nak tau lebih lanjut daripada mereka, jenguk-jenguklah fanpage mereka di Lights Of Wasteland dan ikuti perkembangan mereka y'all!






Bersama Selebriti: Keena Mentor


Pada malam bersama artis kita Keena Mentor ini, memang cukup meriah. Kami di sini memang sangat bertuah apabila Keena Mentor meluangkan masa beliau untuk bersama kami.

Kalau anda nak tahu, Keena akan mengadakan temuramah khas melalui TV Media di Medan dan 3 station radio di sana! Wow... Beliau diuruskan oleh Pak Ruby sebagai manager beliau di sana...

Beliau juga mempunyai pelbagai kebolehan bukan sahaja di dalam bidang nyanyian tetapi tetapi juga berkebolehan berlakon, mengacara dan membuat iklan.

Keena juga akan release album beliau tidak lama lagi yang turut akan memuatkan lagu-lagu seperti Ronda Nirmala yang berlatar suarakan oleh pemuzik-pemuzik otai!

Malam kami sangat best... dan terima kasih kepada Keena Mentor kerana sudi memeriahkan suasana di Flex FM!






Bersama Selebriti: Lan Gamma And The Supermen



Kumpulan Gamma dan Masa Scarecrow tidak asing lagi di dalam industri hiburan tanah air kita. Malah tidak keterlaluan andai kita memanggil mereka sebagai lagenda kerana berpaut kuat kepada irama rock dan pernah mengegarkan industri hiburan tanah air kita sewaktu era 80an dan 90an.

Setelah sekian lama merindui mereka, akhirnya Lan Gamma & The Supermen muncul untuk menemui peminat yang sudah lama dahagakan irama rock yang padu dan indah. Kami di Flex FM ini sungguh bertuah kerana dapat menemuramah Lan Gamma dan Madi Masa daripada band ini dan mengikuti perkembangan perjuangan muzik mereka.

Band Lan Gamma & The Supermen ini terdiri daripada otai-otai rock iaitu Lan Gamma, Madi Masa, Kojai dan Black Wings. Dan sudah pastinya ramai yang setia menanti mereka yang akan datang dengan karya-karya terbaru mereka seperti Suria Sana dan Masa Asyik.

Selain daripada itu, semasa sesi temu bual bersama mereka berdua, banyak info-info mengenai projek terbaru mereka yang salah satunya ialah ROCKERS APA KHABAR yang juga merupakan rancangan TV yang akan disiarkan di TV2 pada 14 JANUARY 2014 Jam 11 PAGI. Ramai artis rock yang popular ketika era 80an membuat persembahan dalam rancangan ini seperti SATIRA, PUTRA, SEJATI dan ramai lagi.

Dan dengan kehadiran mereka di konti kami juga, suasana yang sememangnya ceria, bertambah hangat dan meriah!










Bersama Selibriti: Zuhaili The Apple Three


Yeah... Bersama Zuhaili daripada The Apple Three. Satu lagi penggiat seni yang telah diwawancara bersama Flex FM dalam segmen Porak Peranda yang dikendalikan oleh Apek CZ dan Rashid S.A. Pada malam tersebut, segmen ini telah menjadi meriah dan ceria apabila pelbagai soalan pedas ditujukan kepada Zuhaili oleh penyampai kami dan tidak kurang juga sesi counterback daripada Zuhaili yang akhirnya memecahkan kesunyian malam dengan hilaian tawa dan saat menggembirakan.

Lagu daripada The Apple Three iaitu "Untukmu" juga berada di dalam Carta Flex FM dan rata-rata menerima undian daripada peminat dengan baik.

Apabila di dengar lagu-lagu daripada The Apple Three, pastinya ramai yang akan menyangka bahawa lagu tersebut di terbitkan sekitar era tahun 80an yang sedikit sebanyak membawa arus melodi disko dan retro. Tetapi pastinya ramai yang tidak menyangka bahawa lagu-lagu tersebut dibawa oleh anak-anak muda zaman sekarang yang percaya dan terus setia mengikut passion mereka sendiri tanpa terbawa-bawa arus perubahan trend di dalam industri seni. Kudos to them!

So... Jangan lupa untuk vote band-band indie kegemaran anda ya di Flex Fan Club untuk mengekalkan band pujaan anda di dalam Carta Flex FM!!








Flex FM: Berusia 2 Bulan!!


Wow... sebenarnya saya semacam tidak percaya yang Flex FM ini sudah pun hampir ke bulan ke-2 perlancarannya. Masih bayi lagi.. kalau manusia, maka Flex FM ini baru belajar bertatih untuk berjalan. Hehe.

Sepanjang 2 bulan ini, Flex FM telah banyak bawakan artis-artis jemputan yang turut sama memeriahkan suasana di Flex FM ini. Antaranya seperti, Mimi O.N.E, Poe, Angelika, Final Jamm, Apple Three, Lan Gamma & The Supermen dan ramai lagi yang akan datang.

Di samping itu, Flex FM juga menjadi radio rasmi untuk event UHS Band Starz 2013 yang diadakan di Kompleks Sukan Air Putrajaya, 20 Oktober 2013. Wow.. ia sebenarnya satu penghargaan besar buat kami di Flex FM menjadi satu badan yang turut serta di dalam event yang gilang gemilang itu!

Flex FM juga bukan sahaja aktif dalam penyiaran radio online ini, tetapi juga bergiat dalam channel di Youtube! Channel itu dinamakan FlexFM.TV yang menyediakan pelbagai video yang memaparkan aktiviti-aktiviti dan sketsa para penyampai Flex FM yang pastinya mencuit hati. Jadi, jangan ketinggalan ye, Subscribe channel FlexFM.TV di Youtube tau!

So.. apa lagi setelah 2 bulan perlancaran radio yang hype ini? Haa.. sudah pasti terdapat pelbagai lagi event-event serta segmen-segmen baru yang akan menyusul nanti.. Nak tau apa dia? Haa.. rajin-rajin la ye ikuti kami di fanpage (LIKE tau!), fan club (join tau!)....

So... stay tune bersama kami!!

DIMENSI BARU BERMULA!

Flex FM Capai Milestone Pertama!!



Yeah.. tanggal 5 November 2013 merupakan hari di mana Flex FM mencapai pageview 10,000 yang pertama!! Bravo!! Dan yang lagi best, ia diindahkan lagi dengan sambutan Awal Muharram yang menjadi titik tahun baru dalam kalendar Islam.

Wow... oleh itu, kami di Flex FM ni berazam akan membuat dan memberikan yang terbaik untuk anda semua. So... mari bersama kami di Flex FM dengan membawa arus positif dan kehidupan kita supaya kehidupan kita saling bahagia dan indah!!

Jangan lupa LIKE kami di FANPAGE dan follow di FLEX FAN CLUB dan sama-sama memeriahkan suasana lagi!! Selain itu SUBSCRIBE ye channel kami di Youtube!

Dimensi Baru Bermula!


Jom subscribe FlexFM.TV!


Haa.. barangkali ramai di antara anda tidak atau masih lagi belum mengetahui bahawa Flex Media juga mempunyai siaran channel TV tersendiri daripada stesen radio online yang sedang hype dan berkembang maju ni iaitu FlexFM.TV! Ye... channel tersebut sudah berada di Youtube!

Haa... So, apa lagi, jom la pakat-pakat dengan famili, rakan atau pasangan anda subscribe channel FlexFM.TV ni ye... Best woo... Di situ ada video-video daripada para penyampai Flex FM tau...

So... jangan lupa untuk subscribe ye! Enjoy dengan video-video itu ya!!

Klik untuk terus ke sana!----> FlexFM.TV


UHS Band Starz 2013


Seperti yang telah dikhabarkan, Flex FM adalah merupakan radio rasmi event UHS Band Starz 2013 yang diadakan pada 20 Oktober 2013 yang lalu bertempat di Kompleks Sukan Air, Persint 6 Putrajaya. Event tersebut memang happening!

Terdapat banyak band yang mengambil bahagian dalam acara yang masuk tahun ke-4 anjurannya ini! Antara band yang masuk adalah band yang dibawa khas secara eksklusif oleh Flex FM iaitu Angelika!! Serta yang membuat penampilan istimewa ialah Final Jamm yang pernah memenangi acara ini pada tahun 2011.

Best woo.. rugi kalau anda tidak berada di sana! Tapi takpe... akan ada banyak lagi event yang akan kami cover nanti. So.... stay tune!!

So.. enjoy gambar-gambar ini ya! Untuk melihat lagi banyak gambar yang lain, haa.. silalah melawat fanpage Flex FM <-------KLIK!
















Bersama Final Jamm di Flex FM


Pada 16 Oktober 2013,  kami ada menampilkan sebuah kumpulan yang akan beraksi di UHS BAND STARS..iaitu FINAL JAM!!!

Di samping kami menemu bual mereka, kami juga menemu bual AAN ANGELIKA mengenai event UHS BAND STARS...
Segala maklumat mengenai event tersebut telah pun di bual bicarakan. Yang paling best bila tengok muka mereka ni kena menjawap soalan PANAS dari Apex CZ dan Kufaz..hahahaaa!!! dah ade awek laa...putus cinta laa..tak mahu bagi tahu umur laa..dan macam-macam lagi. Apa-apa pun mereka ni memang sporting gilaaa!!!!

Terima kasih kami ucapkan kepada mereka kerana sudi luangkan masa untuk bersama FLEX FM. Kepada anda semua jangan lupa luangkan masa anda untuk meyaksikan band-band yang FRESH di putrajaya pada 20hb October 2013 ni ok!

Bersama Angelika di Flex FM


12/10/2013 


Di dalam segmen Carta Flex FM bersama Apex, Rashid dan Atiq, kami bertuah kerana dapat bersama band yang sangat sporting iaitu ANGELIKA.

Dalam temubual bersama mereka, banyak info tentang band ini dapat kita ketahui, seperti tahun penubuhannya, genre lagu yang dimainkan dan sebagainya. Mereka juga akan bermain dalam satu event yang dinamakan UHS Band Starz 2013 yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Air, Persint 6, Putrajaya.

Untuk pengetahuan anda, Angelika di bawa khas secara eksklusif oleh Flex FM tau! Wooo!!

Dan jika anda ingin bertemu mereka dan band-band indie yang lain dalam masa terdekat ini, anda boleh kunjungi UHS BAND STARZ 2013. untuk keterangan lanjut anda boleh klik DI SINI!!


Sesi Santai Bersama Retired Stoners


Bagaimana hendak hilangkan rasa tekanan? Ye salah satunya adalah dengan bersantai bersama-sama rakan-rakan dan saling bergelak ketawa. Lupakan gundah gulana yang bersarang dalam jiwa. Malam kelmarin, crew Flex FM daripada Kufaz, Syakiella dan Arina, bersama-sama mengunjungi Rhythm & Blues bagi bersantai sambil menyaksikan live performance dari Retired Stoners.

Band tersebut yang dibarisi oleh tetamu jemputan Flex FM tempohari, Tone Poe beserta Nadim, Sam dan Adeq. Dengan persembahan bersahaja dan relaks, band ini berjaya menjadikan suasana hening menjadi ceria dan gembira.


Band ini juga turut memainkan lagu-lagu nostalgia reggae seperti No Woman No Cry yang pernah dipopularkan oleh lagenda Bob Marley dan beberapa hits daripada mereka sendiri seperti Jangan Sombong dan Ayuh.

Dalam menikmati malam yang indah itu, Flex FM sempat juga menemuramah Poe di atas persembahan beliau di Rhythm & Blues itu dan beliau berkata bahawa, "Sambutan di sini ok dan ada yang berkata ingin kembali minggu hadapan dan itu menunjukkan satu pendekatan yang baik dalam memantapkan lagi persembahan mereka".

So... kepada anda di luar sana, yang ingin merasai sendiri suasana yang santai sambil bertemankan irama reggae, boleh menyaksikan Retired Stoners sendiri di Rhythm & Blues, Menara Hap Seng, Jalan P.Ramlee setiap hari Jumaat dan Sabtu pada pukul 8.30 malam - 12 tengah malam.




Bersama En. Yaakub E'den Mineral Water di Flex FM!



3 Oktober 2013.

Dalam segmen pagi ini, para penyampai bersama tetamu jemputan dari Darul Khusus Venture Sdn Bhd membincangkan kelebihan air mineral Eden Mineral Water.

Terdapat pelbagai info menarik yang dibincangkan. Di antaranya:

- Terdapat beberapa faktor yang menentukan sama ada air mineral itu halal atau haram diminum. Antara faktor tersebut adalah, cara pemprosesan dan alat penapisan air tersebut. Terdapat juga air mineral di luar sana yang tidak mengikut piawai yang menggunakan penapisan yang tidak halal sehingga menyebabkan was-was.

- Warna pada penutup air mineral juga memainkan faktor yang berlainan. Terdapat warna putih, biru dan merah di luar sana dan yang betul-betul memenuhi piawaian air mineral adalah penutup berwarna biru.

- Secara lazimnya, air mineral yang terdapat di pasaran bukan sepenuhnya air mineral tetapi lebih kepada 'drinking water' yang mana kandungannya tidak sepenuhnya menjadikan air tersebut sebagai air mineral.

- untuk maklumat lanjut, bolehlah ke Ekspo Halal Fest di MICC di Serdang yang sedang berlangsung 2 - 6 Oktober 2013 di booth 11 atau lawati www.edenmineralwater.com.my.


Bersama Chef Andri Hadi - Bermasak di Flex FM


26 September 2013.

Ye.. Tak pernah dengar kan? Tapi ini betul... Buat julung-julung kalinya dalam sejarah penyiaran radio, Flex FM berjaya menjemput seorang chef untuk berkongsikan satu resipi yang unik beliau iaitu, Udang TOM TAM. Haaa... pelikkan bunyinya? Nama sebenar masakan ini ialah Udang Tom Yam Masak Lada Hitam.... dan makanan ni serius sedap..

Yang bestnya, inilah kali pertamanya para pendengar dapat mengikuti step by step cara masakan tom tam ini, secara live. Ibarat masak bersama-sama chef dan penyampai. Kalau anda terlepas segmen ini, memang anda rugi kerana telah melepaskan satu peluang yang baik untuk bermasak bersama-sama dengan chef, melalui radio... haaa...

Takpe.. takpe... nanti, andai ada peluang lagi, kita akan datang lagi dengan segmen-segmen hebat macam ni ya!! So stay tune to Flex FM!!

Dimensi Baru.. Bermula!




Channel-Channel FLEX FM

Ok.. kepada anda semua. Jika anda nak tau, bukan di sini dan menerusi applikasi android dan iOS sahaja anda boleh mendengarkan Flex FM. Haa... terdapat beberapa website lain yang mempunyai player radio Flex FM ini sebenarnya.

Silalah lawat dan jenguk-jenguk website ini ye... dan baca info-info yang terdapat di sana sekali.

Sila klik di LINK ini:

Love Ariana Collections

The Kufazuke Show


Dan kepada mereka yang ingin mendapatkan code untuk radio player Flex FM, boleh lah berhubung dengan mana-mana admin Flex FM atau tinggalkan komen anda di ruangan di bawah.

Sekian terima kasih,

Admin,
K.

Artis Jemputan: Mimi One Nation Emcee di Flex FM (11 Sept 2013)


Rabu, 11 Sept 2013 - Flex FM berbangga membawa seorang artis undangan yang sama memeriahkan segmen malam yang dikelolakan oleh Kufaz dan juga Syakiella. Artis tersebut tak lain dan tak bukan, Mimi dari One Nation Emcee. Segmen yang berdurasi selama 2 jam itu menjadi meriah dengan telatah Mimi yang sememangnya hyper active dan ceria.

Pelbagai soalan yang dituju oleh penyampai dan juga peminat dijawab dengan suasana yang gembira. Antara gelagat Mimi yang tidak dapat dilupakan adalah bagaimana beliau melahap buah duku yang dibeli oleh admin Flex FM seorang diri dan berkongsi tips-tips penjagaan diri yang beliau praktiskan.

Salah satu soalan cepumas yang dijawab oleh Mimi adalah soalan jodoh. Beliau berkata,
"Buat masa sekarang ini, Mimi tiada rancangan lagi nak berumahtangga kerana umur masih muda dan terdapat pelbagai misi yang ingin Mimi selesaikan."

Beliau juga berkata bahawa selain daripada keluarga dan juga cinta, perkara yang paling penting bagi beliau adalah 'power bank'. Beliau menjelaskan, oleh kerana lifestyle yang sentiasa sibuk, power bank amat penting bagi beliau untuk mengecas smartphone beliau di kala berurusan dengan projek yang penting.

"Bayangkan kalau tengah dalam kesibukan tiba-tiba bateri handphone dah nak habis. Mesti haru-biru kan?", ujar Mimi berseloroh.

Di akhir rancangan, Mimi sempat mendendangkan sebuah lagu ciptaan beliau sendiri secara live dan eksklusif di Flex FM.

p/s: Kami di Flex FM amat menghargai dengan kedatangan Mimi dan memeriahkan segmen malam yang sememangnya segar dan positif. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama kami!

Admin, K.



(PROMO FFM) Rangkaian Produk Di Flex (SW SECRET)

BERITA BAIK BAGI PENGGUNA PRODUK SW SECRET
Fungsi SW
SW Secret Serum terbukti suci, halal & BERKESAN untuk 

  • Mencerah & Menggebukan Kulit Wajah Dalam Masa 7 hari !!
  • Bebas Jerawat/Jeragat/Garis2 Halus /Lingkaran Gelap Bawah Mata Dalam Masa 14hari !!
  • Meruncingkan Wajah Dalam Masa 14hari !!
Layari > http://www.facebook.com/Aida.farid1
Layari > http://www.facebook.com/pages/Stokis-SW-Secret-Serum-Kelantan/587944241247417?ref=hl

Utk mendftr sebagai Dealer/Agent
PM @ WATSAPP STOKIS KELANTAN
016.9227533

Tahukah Anda??
Hanya dengan menggunakan SW Secret Serum secara rutin dua kali sehari maka kulit wajah yang bersih, cerah dan berkilau bakal menjadi milik anda. Sw Secret Serum yang di rumus khas dengan kandungan utama vitamin C,E, Alpha Arbutin & Ekstrak Kiwi, melalui permakaian secara tetap dan teratur akan dapat mengurangi kedutan atau garis-garis halus pada wajah secara langsung, mencerahkan dan mengembalikan kesihatan kulit wajah secara semulajadi serta melembutkan kulit wajah anda.. So mengapa tunggu lagi.. jom dapatkannya sekarang dan mencubanya sendiri. Boleh PM @ WATSAAPP kami

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut
016.922.7533

**AGENT & PENGEDAR DIALU-ALUKAN BAGI AREA KELANTAN**
TQ


SET VGS SKINCARE + SW SECRET SERUM
Gabungan dua produk yg amat berkesan mencerah kulit secara sekata. Selamat di gunakan tanpa kesan sampingan.
Dapatkan 2 produk ini sekarang dgn harga yg berpatutan

VGS TIRAL SET  > RM106.00
VGS SET BESAR > RM160.00
SW SECRET SERUM > RM89.00

(PROMO FFM) Rangkaian Produk Di Flex (WEDDING PROMO)

BERITA BAIK BAGI BAKAL PENGANTIN...


Bagi yang akan melangkah ke gerbang perkahwinan, ini mungkin yang anda cari-cari. Mengabadikan gambar-gambar anda bersama orang yang tersayang. Dapatkan promosi jualan hujung tahun dengan menghubungi nombor yang tertera seperti dibawah ini. Jangan lepaskan peluang ini..

JOM BOOKED LAJU2 !!

Untuk maklumat lanjut sila hubungi
017.377.1990 (AM)


(PROMO FFM) Rangkaian Produk Di Flex (OLYNN)

BERITA BAIK BAGI PENGGUNA PRODUK OLYNN...


OLYNN mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pelanggannya kerana sokongan yang diberikan. Dengan ini OLYNN memberi Diskaun Hebat sempena menyambut HARI RAYA HAJI yang akan menjelang tidak lama lagi, Promosi  Belian tersebut bermula dari 1hb September sehingga 15hb October 2013. 

Pembelian yang bernilai sehingga RM100.00 - RM240.00 layak mendpt diskaun sehingga 15%.
Pembelian yang bernilai sehingga RM250.00 - RM440.00 layak mendpt diskaun sehingga 20%.
Pembelian yang bernilai sehingga RM450.00 dan keatas layak mendpt diskaun sehingga 35%.

Untuk maklumat selanjutnya boleh lah menghubungi ...
PUAN AZLIN 012.6999.077 
LITTHA ~ 016.220.3237

Terima Kasih .

Cerminan Kemerdekaan


Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-56 semua!

Kami di Flex FM masih lagi membuka penyertaan bagi pertandingan sajak, puisi, syair dan pantun bagi menyemarakan kemeriahan kemerdekaan. So, jangan lepaskan peluang! Terdapat hadiah menarik bagi pemenang!

Penyertaan mestilah mengenai kemerdekaan dan admin nak bagi hint, kalau ia bertemakan menukarkan negatif kepada positif, maka ia meluaskan lagi peluang anda untuk menang! Haha...

So, sempena kemerdekaan kali ni, admin nak bagi anda dengar sebuah sajak yang dicompose oleh admin K, yang dideklamasi oleg Admin A.R. Hayatilah bait-bait sajak ini ya!

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-56!

Admin,
K.


Aktiviti Flex FM - XnR Laser Tag

Yeah. Seperti yang kami sudah war-war kan, memang pelbagai aktiviti yang akan kami sediakan bagi memeriahkan dimensi yang sememangnya bermula ini dalam usaha kami menerapkan aura positif kepada para pendengar kami. Ini merupakan salah satu aktiviti yang telah dijalankan oleh Flex FM dahulu andddddd of course! There will be more to come! So stay tune bersama kami. Sebab kami ingin bawa anda semua jalan-jalan! So, enjoy gambar-gambar ini dulu ya!














Join Us!

Pendengar Flex FM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...