The Flex FM Room

Jenis Vitamin Bantu Cegah Penyakit Lelaki

   


     Kesedaran pengambilan makanan tambahan seperti vitamin dan suplemen dalam kalangan lelaki agak kurang berbanding wanita. Sinonim dengan ego bahawa diri sentiasa sihat, ia menjadi punca mengapa kebanyakan penyakit yang dialami lelaki hanya dapat dikesan apabila ia sudah berada di peringkat teruk. Justeru, sudah sampai masanya golongan Adam ini mengetepikan ego diri demi memastikan kesihatan berada pada tahap terbaik. Jom kita semak beberapa jenis vitamin dan suplemen penting yang perlu dimasukkan dalam diet makanan lelaki.

Kalsium

  • Kalsium amat membantu dalam pengurangan berat badan dan menguatkan tulang. Tetapi kebanyakan lelaki memang tidak mengambil kalsium secukupnya dalam diet harian. Sumber makanan seperti sayuran hijau, avokado, bendi dan susu.

Boron
  • Lelaki dengan pengambilan boron yang mencukupi kurang risiko 96 peratus untuk menghidap kanser prostat berbanding lelaki yang kekurangan kandungan boron. Ia tidak melawan kanser cuma mengurangkan risiko terkena kanser prostat. Ia juga membantu meningkatkan keupayaan daya ingatan otak dan penumpuan. Sumber makanan seperti kismis dan kacang badam.

Chronium
  • Ia juga dikenali sebagai suplemen dan vitamin yang penting untuk pembentukan badan. Tetapi sekiranya anda yang mengalami masalah berat badan berlebihan dan sejarah keluarga yang menghidap diabetes, pengambilan chronium ini sangat penting untuk mengekalkan tahap insulin dalam darah. Sumber makanan seperti bawang, tomato dan kentang.

Asid Folik
  • Vitamin ini membantu mengelakkan Alzheimer. Ia membantu mencegah arteri daripada tersumbat dan meningkatkan aliran darah ke otak dengan mengekalkan tahap homocysteine, asid amino yang boleh meningkatkan risiko pembekuan darah. Paras homosistein yang tinggi dikaitkan dengan tanda-tanda amaran awal Alzheimer seperti demensia dan kehilangan ingatan. Penyelidik di Sweden mendapati bahawa salah satu punca penyakit Alzheimer adalah kekurangan asid folik. Sumber makanan seperti roti yang diperkaya dengan bijirin.

Solenium
  • Solenium membantu melawan kanser. Ia secara amnya memaksa sel-sel kanser termusnah dengan sendiri. Pengambilan dengan dos yang mencukupi berkesan untuk menurunkan risiko kanser prostat, kolon dan paru-paru. Sumber makanan seperti udang, ikan salmon, ikan tuna dan sardin.

Vitamin E
  • Ia membantu melambatkan proses penuaan. Vitamin E adalah antioksidan yang paling mujarab. Vitamin E boleh membantu mengurangkan risiko penyakit mata tertentu, penyakit jantung, kanser dan Alzheimer. Kajian juga menunjukkan ia turut mengurangkan kerosakan otot selepas senaman. Sumber makanan seperti bayam, asparagus, badam, tomato dan brokoli. Ia juga membantu lelaki yang berhadapan dengan masalah kesuburan.

Omega 3
  • Omega 3 bagus untuk melindungi jantung. Asid lemak Omega 3 membantu mengekalkan tekanan darah dan paras trigliserida yang rendah serta mengurangkan denyutan jantung yang terlalu laju. Omega 3 membantu mengurangkan risiko pembekuan dan arteri disekat serta melancarkan aliran darah dalam jantung. Kajian menunjukkan bahawa lelaki yang mengambil Omega 3 mencukupi berisiko rendah terkena penyakit jantung. Sumber makanan seperti soya dan tauhu.

Zink
  • Zink di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda daripada organ lain. Zink memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki. Kekurangan zink yang serius boleh menyebabkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan yang cepat dan keguguran rambut. Sumber makanan seperti tiram, coklat pekat dan serbuk koko.

0 comments:

Join Us!

Pendengar Flex FM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...