The Flex FM Room

Perasmian Restoren Man'na & Salwa

KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT VIDEO

Pada 19 Januari 2014, Flex Media telah dijemput ke majlis perasmian restoren baru yang bertempat di Putra Height, Subang Jaya. Restoren tersebut dinamakan sebagai Restoren Man'na & Salwa. Majlis ini juga di hadiri oleh para wartawan akhbar serta sahabat handai yang menjadi fokus group terhadap konsep baru yang cuba dibawa oleh restoren ini.

Restoren ini unik dimana ia membawa satu konsep western baru yang bertemakan halalan toyibban. Chef-chef yang dilantik juga merupakan ustaz-ustaz al-Hafiz dan pengamalan kebersihan dan kualiti produk diutamakan dalam restoren ini. Restoren ini diilhamkan daripada suasana Eropah yang pernah didiami oleh pemiliknya iaitu En. Arif dan Pn. Siti Aisyah.

Disamping suasana restoren yang tenang, cozy serta redup, makanannya juga lazat diindahi lagi dengan harganya yang cukup berpatutan. Jadi, jika anda semua ingin merasai satu pengalaman yang unik, makanan yang sedap dan berjimat, ayuh segera ke Restoran Man'na & Salwa bertempat di:

Putra Point,
Putra Height,
Seksyen 7, Subang Jaya.

Saksikan video yang telah disertakan bersama di dalam entry ini dan jangan lupa SUBSCRIBE channel FlexFM.TV di Youtube.

Sidang Akhbar Flex FM


15 Januari 2014: Karangkraf Network Sdn Bhd.

Flex FM telah menjalani satu press conference bersama pihak akhbar Sinar Harian. Sidang ini bertujuan bagi mempromosikan nama radio online ini kepada umum serta mengulas lagi mengenai konsep dan visi Flex FM kepada orang ramai.

Dengan usaha ini, maka diharap para pendengar Flex FM dapat mengenali dengan lebih lanjut tentang perjuangan Flex FM dalam membawa konsep positif di dalam industri penyiaran ini. Terdapat pelbagai lagi aktiviti yang akan dianjurkan oleh Flex FM untuk bersama dengan pendengar-pendengar setia di masa akan datang dan pelbagai segmen-segmen baru untuk menarik lagi pendengar-pendengar baru akan disiarkan melalui Flex FM.

Jadi, jangan ketinggalan untuk mendapatkan akhbar Sinar Harian untuk membaca ulasan mengenai kami!

Dimensi Baru Bermula.



VIDEO: Sketsa Sesi Temuduga Penyampai

Sketsa Sesi Temuduga Penyampai

Salam semua dan selamat sejahtera semua.

Haaa... di FlexFM.TV, terdapat satu lagi video yang telah di postkan iaitu sebuah sketsa pendek yang memaparkan adegan sesi interview penyampai yang menggelikan hati.

Video ini dilakonkan sendiri oleh penyampai Flex FM iaitu Kufaz dan Syakiella dan diarahkan oleh Arina sebagai cameraman dan director. Haaa... kalau anda semua nak tengok adegan lucu yang terjadi semasa sesi temuduga itu, bolehlah KLIK DI SINI.

Jangan lupa ye untuk SUBSCRIBE channel FlexFM.TV di Youtube dan semestinya pelbagai video lain akan di postkan dari masa ke semasa.

Dimensi Baru Bermula.


Join Us!

Pendengar Flex FM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...