The Flex FM Room

4 Imaginasi Seks Bangkitkan Ghairah

     Dewasa ini terlalu banyak kes di mana pasangan kehilangan ghairah untuk hubungan intim akibat pelbagai masalah seperti stress, kebosanan dan juga keletihan. Masalah ini bagaimanapun boleh diselesaikan dengan cara menyuburkan imaginasi.
     Bebaskan fikiran anda untuk berfikir apa sahaja tentang seks bersama dengan pasangan. Bayangkan di kotak fikiran anda sedang bermesraan bersama pasangan sebelum akhirnya melangkah ke ranjang untuk hubungan intim. Ataupun anda layangkan fikiran bagaimana keasyikan suami mengurut dan membelai tubuh anda menggunakan minyak aromaterapi sambil diiringi dengan alunan muzik yang romantis. Fikirkan saja apa yang anda mahukan dalam seks dan bayangkan anda melakukannya bersama pasangan.
     Daya imaginasi ini sebenarnya akan merangsang ghairah untuk melakukan hubungan seksual sekaligus menyelesaikan masalah kekurangan nafsu dan tidak puas dalam kehidupan seks. Kenikmatan seks antara suami isteri sebenarnya tidak bergantung kepada faktor posisi serta teknik yang dipraktikkan serta imaginasi sahaja. Selain daripada dua faktor ini masih ada lagi faktor lain yang menjadi pendorong kepuasan seks secara optimum.
     Faktor tersebut adalah emosi. Bangkitkan emosi anda dan pasangan secara semulajadi untuk mencapai kepuasan. Dalam setiap imaginasi anda terapkan sekali emosinya supaya kesannya lebih mendalam. Tidak semua ada idea untuk imaginasi seks mereka dan bagi anda yang masih mencari-cari apa yang hendak dibayangkan dalam kotak fikiran tentang seks, beberapa imaginasi mengikut mood seperti berikut mungkin boleh dipraktikkan;

Seks Penuh Spiritual

  • Bayangkan bahawa anda dan pasangan melangkah ke ranjang dengan segenap rasa cinta di dalam hati. Dalam jiwa hanya ada dirinya begitulah juga dengan perasaan pasangan. Tambahkan dengan belaian mesra penuh manja sambil masing-masing memberi dakapan hangat antara satu sama lain. Mood spiritual seperti ini akan menjadi resipi kebal dalam menambahkan keintiman seksual setiap pasangan. Ia memberi ingatan bahawa anda begitu istimewa terhadap pasangan.
Ceria
  • Keceriaan pastinya akan menambahkan keintiman. Bayangkan bahawa anda dan pasangan mengulang kembali zaman kanak-kanak dalam situasi berkejaran antara satu sama lain di padang yang menghijau. Anda mengejar pasangan sambil menangkap dan memeluknya penuh erat. Selepas itu anda berbaring bersamanya sambil melihat awan nan membiru. Bayangkan dalam mood sedemikian akan membangkitkan ghairah yang lain dari biasa.
Penuh Kelembutan
  • Imaginasi seks yang penuh kelembutan biasanya sentiasa dalam kotak fikiran kaum wanita. Mereka membayangkan suami membelai dirinya dengan mesra dan penuh lembut. Layanan pasangan yang begitu prihatin dan penuh kasih sayang akan segera menimbulkan mood untuk berhubungan intim dengan suami.
Seksi
  • Imaginasi yang satu ini memang jelas akan membangkitkan mood untuk bercinta. Kalau anda suami, bayangkan saja isteri sedang memakai pakaian seksi sedang menunggu kepulangan anda di sofa. Bayangkan juga lentuk tubuhnya yang penuh mengghairahkan. Kalau anda membayangkan keadaan ini di pejabat sudah tentu anda tidak sabar untuk pulang ke rumah untuk menyelesaikan segala ghairah yang timbul daripada imaginasi tersebut.

0 comments:

Join Us!

Pendengar Flex FM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...