The Flex FM Room

Jom subscribe FlexFM.TV!


Haa.. barangkali ramai di antara anda tidak atau masih lagi belum mengetahui bahawa Flex Media juga mempunyai siaran channel TV tersendiri daripada stesen radio online yang sedang hype dan berkembang maju ni iaitu FlexFM.TV! Ye... channel tersebut sudah berada di Youtube!

Haa... So, apa lagi, jom la pakat-pakat dengan famili, rakan atau pasangan anda subscribe channel FlexFM.TV ni ye... Best woo... Di situ ada video-video daripada para penyampai Flex FM tau...

So... jangan lupa untuk subscribe ye! Enjoy dengan video-video itu ya!!

Klik untuk terus ke sana!----> FlexFM.TV


UHS Band Starz 2013


Seperti yang telah dikhabarkan, Flex FM adalah merupakan radio rasmi event UHS Band Starz 2013 yang diadakan pada 20 Oktober 2013 yang lalu bertempat di Kompleks Sukan Air, Persint 6 Putrajaya. Event tersebut memang happening!

Terdapat banyak band yang mengambil bahagian dalam acara yang masuk tahun ke-4 anjurannya ini! Antara band yang masuk adalah band yang dibawa khas secara eksklusif oleh Flex FM iaitu Angelika!! Serta yang membuat penampilan istimewa ialah Final Jamm yang pernah memenangi acara ini pada tahun 2011.

Best woo.. rugi kalau anda tidak berada di sana! Tapi takpe... akan ada banyak lagi event yang akan kami cover nanti. So.... stay tune!!

So.. enjoy gambar-gambar ini ya! Untuk melihat lagi banyak gambar yang lain, haa.. silalah melawat fanpage Flex FM <-------KLIK!
















Bersama Final Jamm di Flex FM


Pada 16 Oktober 2013,  kami ada menampilkan sebuah kumpulan yang akan beraksi di UHS BAND STARS..iaitu FINAL JAM!!!

Di samping kami menemu bual mereka, kami juga menemu bual AAN ANGELIKA mengenai event UHS BAND STARS...
Segala maklumat mengenai event tersebut telah pun di bual bicarakan. Yang paling best bila tengok muka mereka ni kena menjawap soalan PANAS dari Apex CZ dan Kufaz..hahahaaa!!! dah ade awek laa...putus cinta laa..tak mahu bagi tahu umur laa..dan macam-macam lagi. Apa-apa pun mereka ni memang sporting gilaaa!!!!

Terima kasih kami ucapkan kepada mereka kerana sudi luangkan masa untuk bersama FLEX FM. Kepada anda semua jangan lupa luangkan masa anda untuk meyaksikan band-band yang FRESH di putrajaya pada 20hb October 2013 ni ok!

Bersama Angelika di Flex FM


12/10/2013 


Di dalam segmen Carta Flex FM bersama Apex, Rashid dan Atiq, kami bertuah kerana dapat bersama band yang sangat sporting iaitu ANGELIKA.

Dalam temubual bersama mereka, banyak info tentang band ini dapat kita ketahui, seperti tahun penubuhannya, genre lagu yang dimainkan dan sebagainya. Mereka juga akan bermain dalam satu event yang dinamakan UHS Band Starz 2013 yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Air, Persint 6, Putrajaya.

Untuk pengetahuan anda, Angelika di bawa khas secara eksklusif oleh Flex FM tau! Wooo!!

Dan jika anda ingin bertemu mereka dan band-band indie yang lain dalam masa terdekat ini, anda boleh kunjungi UHS BAND STARZ 2013. untuk keterangan lanjut anda boleh klik DI SINI!!


Sesi Santai Bersama Retired Stoners


Bagaimana hendak hilangkan rasa tekanan? Ye salah satunya adalah dengan bersantai bersama-sama rakan-rakan dan saling bergelak ketawa. Lupakan gundah gulana yang bersarang dalam jiwa. Malam kelmarin, crew Flex FM daripada Kufaz, Syakiella dan Arina, bersama-sama mengunjungi Rhythm & Blues bagi bersantai sambil menyaksikan live performance dari Retired Stoners.

Band tersebut yang dibarisi oleh tetamu jemputan Flex FM tempohari, Tone Poe beserta Nadim, Sam dan Adeq. Dengan persembahan bersahaja dan relaks, band ini berjaya menjadikan suasana hening menjadi ceria dan gembira.


Band ini juga turut memainkan lagu-lagu nostalgia reggae seperti No Woman No Cry yang pernah dipopularkan oleh lagenda Bob Marley dan beberapa hits daripada mereka sendiri seperti Jangan Sombong dan Ayuh.

Dalam menikmati malam yang indah itu, Flex FM sempat juga menemuramah Poe di atas persembahan beliau di Rhythm & Blues itu dan beliau berkata bahawa, "Sambutan di sini ok dan ada yang berkata ingin kembali minggu hadapan dan itu menunjukkan satu pendekatan yang baik dalam memantapkan lagi persembahan mereka".

So... kepada anda di luar sana, yang ingin merasai sendiri suasana yang santai sambil bertemankan irama reggae, boleh menyaksikan Retired Stoners sendiri di Rhythm & Blues, Menara Hap Seng, Jalan P.Ramlee setiap hari Jumaat dan Sabtu pada pukul 8.30 malam - 12 tengah malam.




Bersama En. Yaakub E'den Mineral Water di Flex FM!



3 Oktober 2013.

Dalam segmen pagi ini, para penyampai bersama tetamu jemputan dari Darul Khusus Venture Sdn Bhd membincangkan kelebihan air mineral Eden Mineral Water.

Terdapat pelbagai info menarik yang dibincangkan. Di antaranya:

- Terdapat beberapa faktor yang menentukan sama ada air mineral itu halal atau haram diminum. Antara faktor tersebut adalah, cara pemprosesan dan alat penapisan air tersebut. Terdapat juga air mineral di luar sana yang tidak mengikut piawai yang menggunakan penapisan yang tidak halal sehingga menyebabkan was-was.

- Warna pada penutup air mineral juga memainkan faktor yang berlainan. Terdapat warna putih, biru dan merah di luar sana dan yang betul-betul memenuhi piawaian air mineral adalah penutup berwarna biru.

- Secara lazimnya, air mineral yang terdapat di pasaran bukan sepenuhnya air mineral tetapi lebih kepada 'drinking water' yang mana kandungannya tidak sepenuhnya menjadikan air tersebut sebagai air mineral.

- untuk maklumat lanjut, bolehlah ke Ekspo Halal Fest di MICC di Serdang yang sedang berlangsung 2 - 6 Oktober 2013 di booth 11 atau lawati www.edenmineralwater.com.my.


Bersama Chef Andri Hadi - Bermasak di Flex FM


26 September 2013.

Ye.. Tak pernah dengar kan? Tapi ini betul... Buat julung-julung kalinya dalam sejarah penyiaran radio, Flex FM berjaya menjemput seorang chef untuk berkongsikan satu resipi yang unik beliau iaitu, Udang TOM TAM. Haaa... pelikkan bunyinya? Nama sebenar masakan ini ialah Udang Tom Yam Masak Lada Hitam.... dan makanan ni serius sedap..

Yang bestnya, inilah kali pertamanya para pendengar dapat mengikuti step by step cara masakan tom tam ini, secara live. Ibarat masak bersama-sama chef dan penyampai. Kalau anda terlepas segmen ini, memang anda rugi kerana telah melepaskan satu peluang yang baik untuk bermasak bersama-sama dengan chef, melalui radio... haaa...

Takpe.. takpe... nanti, andai ada peluang lagi, kita akan datang lagi dengan segmen-segmen hebat macam ni ya!! So stay tune to Flex FM!!

Dimensi Baru.. Bermula!




Join Us!

Pendengar Flex FM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...