The Flex FM Room

Showing posts with label 9. F-Files. Show all posts
Showing posts with label 9. F-Files. Show all posts

Saat Bila Tiba Ajal Seseorang Manusia

     Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. Tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku di tempatkan di sini. Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah, lalu bertembung dengan lori balak.

     Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur. Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dada ku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh.. Nafasku sesak.

     Tiba-tiba tanganku di pegang kuat. "Mengucap sayang” Mengucap........ Asyhaduallailahaillallah........." Ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan. Itu suara ibu. Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

     "Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai. "Tenat", jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor lactose intolerant, jangan berserah kepada takdir sahaja. Kita perlu usaha". Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah? Datang lah ke sini, aku ingin berbicara denganmu. Datanglah.....

     Tapi mataku....... semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!!!! Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik, banyak-banyak ingatkan Allah." Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku.

     "Tekanan darahnya amat rendah". Sayup sayap kedengaran suara doktor. Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu, kau hanya mampu menangis saja dan bila tiba saatnya kita akan berpisah. Tapi  ibu..... aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu, selamatkanlah aku. "Yassin......". Bacaan Yassin terngiyang-ngiyang di telingaku. Aku tahu itu suara abang. Tetapi kenapa aku diperdengarkan dengan suara itu???

     Apakah aku sudah menghampiri maut??????? Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi Izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada. Ketika itu aku tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku. Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut. "Tolong ibu, tolonglah aku, aku takut". Tapi rintihan ku tidak dipedulikan. Apa mereka semua sudah pekak?

     Aku di lambung resah, gelisah dan penuh kesah. Keluhan dan rintihan "Panas, dahaga, haus, panas........" tapi tiada siapa pun yang peduli. Nenekku datang, "Nenek...........". "Kau dahaga cu, kau lapar cu, mahu air?? Ini gelas penuh air madu, kalau cucu mahu masuk syurga, minum air ini". "Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya. "Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu nak. Buangkan Islam, matilah dalam agama Yahudi.....". Ayah....... kau datang ayah.......". Matilah dalam agama Yahudi anakku. Matilah dalam agama Nasrani. Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".

     "Nenek.... ibu..... ayah...... Suara kaukah tadi?? Kenapa kau berubah laku?? Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku?? "Mengucap sayang, mengucap. Asyhaduallailahaillallah......". Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu. Manusia-manusia berjubah hitam datang. "Mari ikut kami". Manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau, katanya "Mari ikut kami". Cahaya putih datang. Datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang. "Apa ini, apa ini? Akulah sakaratul mautttt.......!!!!!!".

     Kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji, keluarlah dari kemurkaan Allah.......". Aku tersentak. Roh ku berselerak di dalam tubuhku. Lalu, innalillahi wainnailaihi rajiuun....

     Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku, seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini? Ah, busuknya, hanyirnya, hancingnya......".

"Assalamualaikum......".
"Siapa yang memberi salam itu?".
"Aku".
"Kau siapa wahai pemuda???".

     Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh, sekotor, dan sebusuknya di dunia ini. Rambutnya yang tidak terurus, baju yang di pakai berlumut hijau, kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi, dari lubang hidung, telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar. Tanpa di pedulikannya...... jijik, loya, aku rasa........ teramat loya melihatnya.

"Kau tak kenal aku?".
"Tidak, jawabku tegas. Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini".
"Aku sahabatmu, kau yang membuat aku hari-hari".
"Bohong!" Aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad ini mendengarnya.
"Aku tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari sini".
"Akulah amalanmu yang keji..........".

     Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi. Ya! aku teringat kini. Semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia akan di jelmakan sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti.

     Oh Tuhan! Aku banyak dosa. Aku memang lalai, cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan. Solatku kerana kawan dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupun tidak. Tapi itu semua telah berlalu dan sudah terlambat untuk bertaubat.

     Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah Yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku. Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis. Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air. Air apa ini????? "Tolong....sejuk!!!! Kenapa air ini berbau air kapur barus. Tolong jangan tekan perutku dengan kuat, sakit!!!! Kenapa ramai orang melihat aku??? Aku malu.....malu.....malu......!!!!!!".

     Aku di usung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu. Kapas di bubuh di celah-celah badanku. Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti, tunggu!! Jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku macam ini? Tolong.. RIMAS.... PANAS!! AKU PANASSS!!!!!!..................".

     Kemudian aku di letakkan di suatu sudut. Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi kenapa aku di sembahyangkan? Bukankah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir, ruku', sujud dan tahiyyat.

     Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu. Kotak apa ini? "Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku diusung setapak demi setapak".

     "Al-Fatihah!" Kedengaran suara tok imam. Kelihatan ibu, kak long, kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang. Tapi kemana dia bawanya aku?".

     Nun jauh di sana, kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya? Tolong turunkan aku, aku takut!!!!!!" Setibanya di tanah perkuburan, kelihatan satu liang yang bersaiz dengan jasadku. Beberapa tangan memegangku dan aku di turunkan ke dalam liang itu.

     "Perlahan-lahan", Aku terdengar suara tok imam memberitahu. "Tolong keluarkan aku dari sini! Aku seram!!!" Kini aku berada di dalam liang sedalam enam kaki. Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku. "Tanah apa ini?".. "Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".. "Innalillahiwa innailaihi rajiuuun....... Dari Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita kembali".

     Kedengaran bacaan talkin dari tok imam. "Sesungguhnya mati itu benar. Alam barzakh itu benar. Siratulmustaqim itu benar. Syurga dan neraka itu jua benar........". Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin tetapi makin lama makin hilang. Pandanganku makin lama makin kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku. Terasa semakin gelap dan ...... aku kini keseorangan.

"Nanti! Nanti! Tolong! Tolong ayah, ibu! Jangan tinggalkan aku seorang. Aku takut!!! Gelap!!! Panas!!! Tolong !!!! Tolong !!!! ...  Subhanallahhhhhhh


P/S: Beramallah kamu ibarat esok hari matimu. Berusahalah mencari rezeki yang halal ibarat kamu akan hidup 1000 tahun lagi....

Misteri Kapal Berhantu: The Flying Dutchman

   
     Kira-kira 30 tahun lalu, sekumpulan nelayan laut dalam sedang belayar untuk menangkap ikan di Laut China Selatan. Dalam suasana kekaburan malam dek suasana berkabus dan awan yang gelap mereka hanya berbekalkan cahaya daripada kerlipan lampu pelita minyak tanah sahaja.
     Setelah pukat dijatuhkan tiba-tiba kedengaran deruan angin bertiup. Selepas itu diselangi bunyi kibaran layar yang sangat kuat. Dalam kekelaman kabus malam, mereka mencari-cari dari mana datangnya bunyi itu.
     Mereka menoleh ke kiri, kanan, depan dan belakang. Hairan! Dari arah mana datangnya bunyi itu? Mereka buntu. Sekeliling mereka hanya kelihatan kabus tebal saja.
     Anehnya, makin lama bunyi itu makin dekat menghampiri mereka. Deruan angin malam makin lama semakin kuat, sehinggakan bulu roma mereka tegak berdiri!
     Degupan jantung mereka semakin lama semakin kencang bergoncang. Tiba-tiba dalam kekelaman kabus malam muncul sebuah kapal lama yang sangat besar.
     Nelayan itu terpaku dengan kehadiran kapal usang dan berlumut. Layarnya yang besar koyak rabak. Badan kapal itu sungguh besar, sangat menakutkan.
     Air laut pada masa itu bergelora dengan kuat. Kapal itu meluncur laju membelah permukaan Laut China Selatan seolah-olah ingin menerpa bot nelayan itu.
     Apabila kapal itu semakin mendekat dengan mereka tiba-tiba kapal gergasi itu terus lenyap sekelip mata. Keadaan yang bising dengan kibaran layar yang koyak rabak tadi terus bertukar sunyi sepi.
     Anak-anak nelayan tadi melepaskan keluhan petanda lega. Dengan pantas pukat diangkat dan mereka terus beredar dari situ.
     Pernah sebelum ini mereka mendengar dari rakan-rakan mereka tentang kehadiran kapal berhantu yang selalu melanggar bot-bot nelayan.
     Kata mereka kapal berhantu itu adalah The Flying Dutchman yang dimiliki oleh seorang kapten yang bernama Kapten Falkenburg.
     Khabarnya kapten kapal itu telah disumpah kerana menggadaikan rohnya kepada syaitan. Kononnya, Kapten Falkenburg yang telah disumpah bersama-sama anak kapalnya menjadi jasad hidup dan belayar di tujuh lautan buat selamanya.
     Lautan itu ialah Laut Caribbean, Laut Jepun, Teluk Mexico, Laut Mediterranean, Laut Bering (di Lautan Pasifik), Laut China Selatan dan Laut Hitam.
     Sehingga kini, kapal The Flying Dutchman akan mengundang bahaya kepada nakhoda-nakhoda kapal dan mereka perlu mengelak daripada kapal berhantu melanggar dan mengganggu mereka. Jika tidak mereka sengaja menempah maut.
     Bagi mengelak daripada sebarang gangguan di laut kebanyakan mereka akan meletakkan ladam kuda di kapal mereka.
     Mengikut catatan seorang nakhoda kapal, The Flying Dutchman sering dilihat di perairan Cape of Good Hope, Afrika.
     Malahan untuk mengukuhkan lagi hujah bahawa kapal ini bukanlah hanya legenda dan cerita rekaan, banyak saksi yang mengaku telah melihat kapal berhantu ini.
     Pada tahun 1939 kapal ini dilihat di Muizenberg, Afrika Selatan. Pada tahun 1941 sekelompok orang di pantai Glencairn, Afrika Selatan menyaksikan kapal belayar yang tiba-tiba lenyap seketika seolah-olah ingin melanggar batu karang.
     Pada tahun 1942, kemunculan The Flying Dutchman dilihat oleh anak-anak kapal tentera laut. M.H.S Jubilee berhampiran dengan Cape Town, Afrika Selatan.
     Kisah dan misteri mengenai kapal hantu The Flying Dutchman ini merupakan satu dari kisah yang sangat terkenal di seluruh dunia.
     Sudah banyak buku ditulis mengangkat cerita legenda ini, bahkan jika anda menonton filem blockbuster, Pirates of the Caribbean: Dead Man's Chest (2006) dan Pirates of the Caribbean: At World's End (2007), kapal berhantu ini turut muncul beberapa kali dalam babak filem tersebut.
     Sebenarnya kapal berhantu ini bukanlah sebuah cerita dongeng kerana dari segi faktanya kewujudan kapal ini adalah benar dan disahkan kelasi kapal yang pernah merentasi tujuh lautan berkenaan!

Join Us!

Pendengar Flex FM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...