The Flex FM Room

Bersama Selebriti: Lan Gamma And The Supermen



Kumpulan Gamma dan Masa Scarecrow tidak asing lagi di dalam industri hiburan tanah air kita. Malah tidak keterlaluan andai kita memanggil mereka sebagai lagenda kerana berpaut kuat kepada irama rock dan pernah mengegarkan industri hiburan tanah air kita sewaktu era 80an dan 90an.

Setelah sekian lama merindui mereka, akhirnya Lan Gamma & The Supermen muncul untuk menemui peminat yang sudah lama dahagakan irama rock yang padu dan indah. Kami di Flex FM ini sungguh bertuah kerana dapat menemuramah Lan Gamma dan Madi Masa daripada band ini dan mengikuti perkembangan perjuangan muzik mereka.

Band Lan Gamma & The Supermen ini terdiri daripada otai-otai rock iaitu Lan Gamma, Madi Masa, Kojai dan Black Wings. Dan sudah pastinya ramai yang setia menanti mereka yang akan datang dengan karya-karya terbaru mereka seperti Suria Sana dan Masa Asyik.

Selain daripada itu, semasa sesi temu bual bersama mereka berdua, banyak info-info mengenai projek terbaru mereka yang salah satunya ialah ROCKERS APA KHABAR yang juga merupakan rancangan TV yang akan disiarkan di TV2 pada 14 JANUARY 2014 Jam 11 PAGI. Ramai artis rock yang popular ketika era 80an membuat persembahan dalam rancangan ini seperti SATIRA, PUTRA, SEJATI dan ramai lagi.

Dan dengan kehadiran mereka di konti kami juga, suasana yang sememangnya ceria, bertambah hangat dan meriah!










0 comments:

Join Us!

Pendengar Flex FM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...