The Flex FM Room

Sesi Santai Bersama Retired Stoners


Bagaimana hendak hilangkan rasa tekanan? Ye salah satunya adalah dengan bersantai bersama-sama rakan-rakan dan saling bergelak ketawa. Lupakan gundah gulana yang bersarang dalam jiwa. Malam kelmarin, crew Flex FM daripada Kufaz, Syakiella dan Arina, bersama-sama mengunjungi Rhythm & Blues bagi bersantai sambil menyaksikan live performance dari Retired Stoners.

Band tersebut yang dibarisi oleh tetamu jemputan Flex FM tempohari, Tone Poe beserta Nadim, Sam dan Adeq. Dengan persembahan bersahaja dan relaks, band ini berjaya menjadikan suasana hening menjadi ceria dan gembira.


Band ini juga turut memainkan lagu-lagu nostalgia reggae seperti No Woman No Cry yang pernah dipopularkan oleh lagenda Bob Marley dan beberapa hits daripada mereka sendiri seperti Jangan Sombong dan Ayuh.

Dalam menikmati malam yang indah itu, Flex FM sempat juga menemuramah Poe di atas persembahan beliau di Rhythm & Blues itu dan beliau berkata bahawa, "Sambutan di sini ok dan ada yang berkata ingin kembali minggu hadapan dan itu menunjukkan satu pendekatan yang baik dalam memantapkan lagi persembahan mereka".

So... kepada anda di luar sana, yang ingin merasai sendiri suasana yang santai sambil bertemankan irama reggae, boleh menyaksikan Retired Stoners sendiri di Rhythm & Blues, Menara Hap Seng, Jalan P.Ramlee setiap hari Jumaat dan Sabtu pada pukul 8.30 malam - 12 tengah malam.




0 comments:

Join Us!

Pendengar Flex FM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...