The Flex FM Room

Bersama Selibriti: Zuhaili The Apple Three


Yeah... Bersama Zuhaili daripada The Apple Three. Satu lagi penggiat seni yang telah diwawancara bersama Flex FM dalam segmen Porak Peranda yang dikendalikan oleh Apek CZ dan Rashid S.A. Pada malam tersebut, segmen ini telah menjadi meriah dan ceria apabila pelbagai soalan pedas ditujukan kepada Zuhaili oleh penyampai kami dan tidak kurang juga sesi counterback daripada Zuhaili yang akhirnya memecahkan kesunyian malam dengan hilaian tawa dan saat menggembirakan.

Lagu daripada The Apple Three iaitu "Untukmu" juga berada di dalam Carta Flex FM dan rata-rata menerima undian daripada peminat dengan baik.

Apabila di dengar lagu-lagu daripada The Apple Three, pastinya ramai yang akan menyangka bahawa lagu tersebut di terbitkan sekitar era tahun 80an yang sedikit sebanyak membawa arus melodi disko dan retro. Tetapi pastinya ramai yang tidak menyangka bahawa lagu-lagu tersebut dibawa oleh anak-anak muda zaman sekarang yang percaya dan terus setia mengikut passion mereka sendiri tanpa terbawa-bawa arus perubahan trend di dalam industri seni. Kudos to them!

So... Jangan lupa untuk vote band-band indie kegemaran anda ya di Flex Fan Club untuk mengekalkan band pujaan anda di dalam Carta Flex FM!!








0 comments:

Join Us!

Pendengar Flex FM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...