The Flex FM Room

Bersama Chef Andri Hadi - Bermasak di Flex FM


26 September 2013.

Ye.. Tak pernah dengar kan? Tapi ini betul... Buat julung-julung kalinya dalam sejarah penyiaran radio, Flex FM berjaya menjemput seorang chef untuk berkongsikan satu resipi yang unik beliau iaitu, Udang TOM TAM. Haaa... pelikkan bunyinya? Nama sebenar masakan ini ialah Udang Tom Yam Masak Lada Hitam.... dan makanan ni serius sedap..

Yang bestnya, inilah kali pertamanya para pendengar dapat mengikuti step by step cara masakan tom tam ini, secara live. Ibarat masak bersama-sama chef dan penyampai. Kalau anda terlepas segmen ini, memang anda rugi kerana telah melepaskan satu peluang yang baik untuk bermasak bersama-sama dengan chef, melalui radio... haaa...

Takpe.. takpe... nanti, andai ada peluang lagi, kita akan datang lagi dengan segmen-segmen hebat macam ni ya!! So stay tune to Flex FM!!

Dimensi Baru.. Bermula!




0 comments:

Join Us!

Pendengar Flex FM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...