The Flex FM Room

Artis Jemputan: Mimi One Nation Emcee di Flex FM (11 Sept 2013)


Rabu, 11 Sept 2013 - Flex FM berbangga membawa seorang artis undangan yang sama memeriahkan segmen malam yang dikelolakan oleh Kufaz dan juga Syakiella. Artis tersebut tak lain dan tak bukan, Mimi dari One Nation Emcee. Segmen yang berdurasi selama 2 jam itu menjadi meriah dengan telatah Mimi yang sememangnya hyper active dan ceria.

Pelbagai soalan yang dituju oleh penyampai dan juga peminat dijawab dengan suasana yang gembira. Antara gelagat Mimi yang tidak dapat dilupakan adalah bagaimana beliau melahap buah duku yang dibeli oleh admin Flex FM seorang diri dan berkongsi tips-tips penjagaan diri yang beliau praktiskan.

Salah satu soalan cepumas yang dijawab oleh Mimi adalah soalan jodoh. Beliau berkata,
"Buat masa sekarang ini, Mimi tiada rancangan lagi nak berumahtangga kerana umur masih muda dan terdapat pelbagai misi yang ingin Mimi selesaikan."

Beliau juga berkata bahawa selain daripada keluarga dan juga cinta, perkara yang paling penting bagi beliau adalah 'power bank'. Beliau menjelaskan, oleh kerana lifestyle yang sentiasa sibuk, power bank amat penting bagi beliau untuk mengecas smartphone beliau di kala berurusan dengan projek yang penting.

"Bayangkan kalau tengah dalam kesibukan tiba-tiba bateri handphone dah nak habis. Mesti haru-biru kan?", ujar Mimi berseloroh.

Di akhir rancangan, Mimi sempat mendendangkan sebuah lagu ciptaan beliau sendiri secara live dan eksklusif di Flex FM.

p/s: Kami di Flex FM amat menghargai dengan kedatangan Mimi dan memeriahkan segmen malam yang sememangnya segar dan positif. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama kami!

Admin, K.



0 comments:

Join Us!

Pendengar Flex FM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...