The Flex FM Room

Bersama Artist: Second Floor


8 Februari 2014: Dalam segmen carta Flex FM yang dikendalikan oleh Apek dan juga Rashid kali ini, merek ditemani oleh sebuah band yang berasal daripada Muar iaitu Second Floor. Band ini yang terdiri daripada 5 orang anak-anak muda sewajarnya diketengahkan di persada industri hiburan tanahair dengan rentak serta genre mereka yang tersendiri.

Second Floor terdiri daripada:

Annas Adnan - Vocalist
Eiyra Sharria - Vocalist
Abd Razak - Drummer
Syafiq Azman - Bassist
Faez Farhan - Guitarist
Izzat Syahmeer - Guitarist


Di konti, suasana menjadi meriah dengan telatah penyampai yang mengusik mereka serta memberi task-task yang agak mencuitkan hati mereka seperti sketsa mini serta mock mc. Walaubagaimana pun, mereka semua sporting dan seronok meluangkan masa bersama Flex FM. Mereka akan tampil dengan single mereka iaitu Cinta Pertama dan pastinya ramai sudah tidak sabar untuk mendengarnya.

Haa.. kalau anda ingin mengetahui atau mengenali mereka-mereka ini dengan lebih lanjut, bolehlah layari page rasmi mereka di Facebook (KLIK)!

0 comments:

Join Us!

Pendengar Flex FM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...