The Flex FM Room

Bersama Selebriti: Nana Hassan, Zharif Salahuddin & Ekey


Yeah, jika anda tune in kepada Flex FM sabtu lepas (15 Februari 2014) di dalam segmen Carta Flex FM bersama Apek CZ, anda pasti ketawa tak henti-henti bersama dengan selebriti jemputan kami kali ini. Mereka adalah Zharif, Nana dan juga Ekey.

Zharif dan Nana sama-sama mempunyai sebuah lagu yang kini masih berentap di dalam carta Flex FM iaitu "Jangan Tinggalkan" dan Ekey sebagai komposernya. Telatah mereka telah menggamitkan suasana yang sememangnya meriah dihujani dengan pelbagai parody dan juga task-task yang telah diberikan oleh penyampai. Mereka sangat sporting dan sepanjang segmen tersebut diadakan, kami dan semestinya pendengar-pendengar tidak kering gusi dengan lawak-lawak spontan yang telah dikeudarakan.

Haa, kalau anda ingin dengarkan lagu mereka atau mana-mana band kegemaran anda berada di atas dalam carta Flex FM. jangan lupa undi tau. Undian akan dibuka sehingga Jumaat malam. Jangan ketinggalan ye!

Jangan lupa juga untuk LIKE page kami di Facebook dan SUBSCRIBE channel FlexFM.TV di Youtube!



0 comments:

Join Us!

Pendengar Flex FM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...