The Flex FM Room

Perasmian Restoren Man'na & Salwa

KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT VIDEO

Pada 19 Januari 2014, Flex Media telah dijemput ke majlis perasmian restoren baru yang bertempat di Putra Height, Subang Jaya. Restoren tersebut dinamakan sebagai Restoren Man'na & Salwa. Majlis ini juga di hadiri oleh para wartawan akhbar serta sahabat handai yang menjadi fokus group terhadap konsep baru yang cuba dibawa oleh restoren ini.

Restoren ini unik dimana ia membawa satu konsep western baru yang bertemakan halalan toyibban. Chef-chef yang dilantik juga merupakan ustaz-ustaz al-Hafiz dan pengamalan kebersihan dan kualiti produk diutamakan dalam restoren ini. Restoren ini diilhamkan daripada suasana Eropah yang pernah didiami oleh pemiliknya iaitu En. Arif dan Pn. Siti Aisyah.

Disamping suasana restoren yang tenang, cozy serta redup, makanannya juga lazat diindahi lagi dengan harganya yang cukup berpatutan. Jadi, jika anda semua ingin merasai satu pengalaman yang unik, makanan yang sedap dan berjimat, ayuh segera ke Restoran Man'na & Salwa bertempat di:

Putra Point,
Putra Height,
Seksyen 7, Subang Jaya.

Saksikan video yang telah disertakan bersama di dalam entry ini dan jangan lupa SUBSCRIBE channel FlexFM.TV di Youtube.

0 comments:

Join Us!

Pendengar Flex FM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...