The Flex FM Room

Rashid Shikh Abdullah


Nama: Shikh Abdull Rashid Shikh Abdullah
Nama manja: Rashid Shikh Abdullah
Umur: 24
Tempat kelahiran: Segamat, Johor
Asal: Pahang
Pendidikan: Diploma Penyiaran dari Limkokwing Universiti dan Ijazah Sarjana Muda Teater dari Aswara
Status: Telah Pun Bujang
Hobi: Baca Novel Cinta dan Menyiram pokok bunga di halaman rumah.
Talent: Pandai mengemas rumah, pandai mengambil hati orang tua, pandai jerang air dan pandai memasak maggi.


Hai semua. Seperti yang telah saya statekan di atas, boleh didapati bahawa saya sebenarnya seorang yang happy go lucky dan versatile sekali. Saya merupakan seorang yang aktif dan penuh dengan daya kreativiti yang senang-senang saja dapat mengalahkan lawan yang bermain chess dengan saya, dengan syarat, lawan tersebut under-12. Saya pernah mewakili kelas dalam pertandingan nasyid, memenangi acara meniup belon bagi rumah merah sekolah rendah, memiliki sijil membaca semasa di darjah satu serta mewakili sekolah dalam acara menganyam ketupat peringkat zon. Oleh kerana mempunyai kredibiliti tersebut, saya dilantik menjadi ketua kelas bagi dua tahun berturut-turut. Dengan dorongan itu, saya gunakan sebagai motivasi dan hasilnya saya berjaya meraih tempat ketiga daripada tiga peserta acara 100 meter lari berpagar peringkat sekolah.

Jadi, senang cerita, dengan keaktifan yang jelas terbukti ada pada saya, saya akan garapnya menjadikan Flex FM suatu tempat yang anda semua boleh chill dan relax. So, teruskan bersama kami!

1 comments:

hijrah nurmaa said...

wah...percubaan y bagos ni rashid...congrats fren..

Join Us!

Pendengar Flex FM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...