The Flex FM Room

JPJ keluar 26,733 saman di Melaka


Melaka: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri mengeluarkan 26,733 saman membabitkan pelbagai kesalahan dari Januari hingga Oktober ini.

Pengarahnya Azaharuldin Abdullah berkata, sejumlah 6,142 daripadanya membabitkan kesalahan lesen memandu, cukai jalan (8,366), teknikal (4,599) dan lain-lain kes (7,626).

"Bagi tempoh sama juga sebanyak 18,052 kenderaan yang diperiksa diambil tindakan dan 160 daripadanya disita.

“Kita juga mengeluarkan 13,974 saman dengan nilai kompaun RM2.4 juta dari Januari hingga September lalu," katanya pada sidang media selepas menyertai Operasi Bersepadu Bulan November di Lebuh Alor Gajah - Melaka Tengah -Jasin (AMJ) di sini, malam tadi.

Katanya, dalam operasi itu pihaknya mengeluarkan 102 saman membabitkan pelbagai kesalahan dan turut menyita sebuah motosikal.

"Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) turut menahan tiga lelaki berusia 21 hingga 28 tahun kerana didapati positif ganja," katanya.

- SUMBER: MY METRO (7/11/2014)

0 comments:

Join Us!

Pendengar Flex FM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...