The Flex FM Room

Bersama Selebriti: Shazz


Dalam segmen Carta Flex Sabtu lepas (3/5/2014), Apex dan Rashid telah menemuramah seorang artis baru yang bakal menggegarkan inustri muzik tanahair. Ye.. memperkenalkan SHAZZ!

Jom kita kenali serba sedikit mengenai gadis berkulit cerah dan punyai senyuman yang menawan ini.

Shazz merupakan seorang artis di bawah naungan Antik Musiz Production. Beliau mendapat tahu mengenai satu audition yang dijalankan oleh production house tersebut dan cuba nasib beliau di sana. Kojai (turut hadir), yang merupakan selaku orang kuat Antik Production, tertarik dengan pakej yang dipunyai oleh Shazz ini dan cuba menjalankan beberapa siri saringan lagi terhadap artis ini. Dan setelah beliau berpuas hati, Shazz diambil di bawah naungan mereka.

Gadis ini yang merupakan graduan Kolej Yayasan Melaka dalam bidang Teater, bakal mengeluarkan single beliau yang bertajuk "Terluka". Lagu tersebut diilhamkan oleh mentornya sendiri iaitu Kojai.

Di dalam temuramah tersebut, Shazz pada mulanya kelihatan malu untuk bersuara namun beliau berjaya keluar daripada zon selesa itu setelah bergurau senda bersama penyampai. Lebih-lebih lagi apabila penyampai Pan Asia Flex FM iaitu Rashid memberi task sketsa pendek untuk Shazz lakonkan bersama dengan Kojai hingga merancakkan serta meriuhkan suasana.

Kojai juga menyatakan bahawa beliau yakin peminat dapat menerima Shazz di industri seni ini kerana beliau yakin Shazz mempunyai keunikkannya yang tersendiri. Tentu ramai yang nak tahu kan genre apa yang bakal Shazz bawa ini. Ye... Shazz akan menyanyikan lagu berkonsepkan rock sinonim dengan penampilan beliau yang bersahaja dan ringkas. Jadi, nantikan kemunculan lagu-lagu daripada beliau!

Teruskan bersama Flex FM dengan segmen-segmen menarik yang lain!

~ K.


0 comments:

Join Us!

Pendengar Flex FM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...