The Flex FM Room

Bersama Selebriti: Hasnol


Kalau anda pendengar dan meminati muzik era tahun 90an, mesti anda pernah dengar nama beliau. Hasnol, merupakan pemenang anugerah Juara Lagu 1993 dalam kategori pop rock dan sudah pasti ramai yang masih teringat atau teriang di telinga lagu "Laguku Untukmu" yang suatu ketika dahulu, menjadi siulan ramai.

Namun, setelah 20 tahun menyepi, beliau kini bakal membuat come back untuk bersama memeriahkan lagi industri hiburan tanah air. Dalam temubual bersama beliau (Hasnol), pelbagai kisah menarik yang telah dikongsikan bersama para pendengar. Dari perjalanan karier beliau sebagai penyanyi, zaman menyepi dan kini tiba kembali.

Kembalinya beliau kini, telah menghasilkan 2 single terbaru yang pastinya dapat mengubat rindu para pendengar yang telah lama merindui suara lunak beliau.

Dan Flex FM merasa sungguh berbangga menjadi radio yang memainkan lagu-lagu berirama moden karya beliau yang berjudul; "Kasih Abah" dan juga "Tinggallah". Dan kalau anda mengikuti temubual Flex FM bersama beliau semalam, pastinya anda dengar lagu "laguku Untukmu" yang telah diberi nafas baru khas buat peminat setianya.

Dalam sesi semalam, Hasnol ada menceritakan bahawa dalam masa 20 tahun beliau menyepi dari kerjaya nyanyian beliau, pelbagai rintangan dan perkara yang membuatkan beliau lebih tabah dan cekal dalam kehidupan. Pelbagai jenis karier yang beliau ceburi di mana kebanyakannya dalam bidang korperat sepanjang tempoh berikut. Namun, oleh kerana sikap percaya pada diri sendiri dan berpegang teguh pada prinsip seni beliau, kini Hasnol ingin industri hiburan terima kembali kehadiran beliau untuk mewarnai industri ini lagi.

Hasnol juga mengatakan bahawa sesebuah kejayaan itu, tidak akan hadir tanpa sokongan yang jitu daripada pelbagai pihak. Di sini beliau maksudkan isterinya yang sentiasa setia menyokong beliau sepanjang tempoh susah dan senang serta tidak mungkin ini semua akan terjadi tanpa kasih sayang keluarga dan rakan-rakan yang memahami beliau.

Jadi, kepada anda di luar sana, yang merindui dengan suara Hasnol ini, bolehlah mendapatkan CD lagu beliau! Anda boleh email kepada beliau di:

hasnol@gmail.com

atau hubungi: 018-3100733019-3326700 untuk maklumat lanjut.

Teruskan bersama Flex FM dengan segmen-segmen yang menarik lagi yang bakal menyusul!

Dimensi Baru Bermula.

~ Admin, K.

Thanks HASNOL !!

2 comments:

Hasnol Hassan Ariff said...

Triple , Quadruple LIKES !!!

Thank you guys !

Blessed be !

May ALLAH open up a whole new paradigm shift to internet radio stations like yours ...

Amin .

Ikhlas ,
Hasnol

Kufazriesyah Norhashimshah said...

Thanks Hasnol for the continous support... May Allah bless your journey in every way.. Inshallah.. Amin.

Join Us!

Pendengar Flex FM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...