The Flex FM Room

Lokasi Percutian Menarik: Episod 1.

Info Menarik.

Pergunungan Berapi 
Episod 1:

Yess... kepada sesiapa yang suka melancong dan sukakan pengembaraan, admin akan cuba mengupas beberapa lokasi yang best dan seharusnya anda lawati. Untuk episod 1 ini, admin ingin kongsikan beberapa buah gunung berapi yang paling menarik di dunia untuk tatapan anda.


Gunung Berapi Vesuvius, Itali.

Menurut sejarah, gunung berapi ini telah meletup sebanyak 36 kali dan letupan pertamanya merupakan bencana yang paling buruk pernah dialami di sana. Letupan itu berlaku pada tahun 79 sebelum masihi apabila gunung ini menenggelamkan 3,360 orang Roman yang kaya raya yang hidup di bandar Pompeii. Tragedi ini meninggalkan kesan yang sangat mendalam di mana ia mengekalkan reka bentuk bandar tersebut termasuk mangsa dan binatang perliharaan yang ditelan larva yang membunuh. Kepada mereka yang sememangnya gemar mengetahui sejarah dan kajian gunung berapi, ia merupakan satu lawatan yang harus anda buat!


Gunung berapi Fuji, Jepun.

Gunung berapi yang setinggi 12,000 kaki dari paras laut ini merupakan gunung tertinggi di Jepun dan menjadi salah satu tempat perlancongan terkenal di dunia. Walaupun tidak dapat dilihat kerana diselindungi oleh awan sebahagian besar tempoh dalam tahun itu, gunung berapi ini dapat dilihat secara jelas pada hari yang cerah dari Tokyo, 60 batu jaraknya. Pada tahun 1707, gunung berapi Fuji ini meletus dan meliputi Tokyo dengan debunya.


Gunung berapi Bromo, Jawa Timur, Indonesia.

Gunung Bromo ini terletak di Taman Negara Bromo-Tengger-Semeru dan terkenal dengan puncaknya yang cantik. Gunung berapi aktif ini melerus kali terakhirnya pada Disember 2000. Para pengunjungi hanya boleh melawati gunung tersebut dengan menggunakan laluan kuda disebabkan lokasi gunung tersebut dikatakan tidak selamat untuk para pengembara. Pada awal November setiap tahun, satu upacara Kasodo diadakan. Upacara ini dibuat dengan ketua puak membuang satu bentuk "pengorbanan" (daging, baju, barang hiasan dan sebagainya) ke dalam mulut gunung berapi ini. Kemudian, warga puak tersebut akan cuba samaada melompat atau menuruni mulut gunung ini dan mengambil "pengorbanan" itu. Mereka percaya bahawa mendapatkan barang buangan itu akan berikan mereka kekayaan.

Nantikan episod 2 dari admin nanti!

- K.

2 comments:

Anonymous said...

Ada lif untuk naik ke atas ke? Nak panjat jenuh juga ni..hehe

KUFAZ said...

Haha.. kalau ada lif, bukanlah adventure namanya... :)

Join Us!

Pendengar Flex FM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...