Anda pasti tidak akan menyangka bahawa membuka mulut besar-besar untuk menjamah makanan seperti burger adalah dianggap tidak sopan bagi para wanita di Jepun. Dalam budaya Jepun, terdapat satu terms yang dinamakan Ochobo, sebuah konsep dimana wanita bermulut kecil bagi mendefinasikan istilah kecantikan bagi wanita di Jepun. Ia sama kesnya dengan kaki kecil di China, leher panjang dan tindik besar telinga di Afrika.
Ia sebuah budaya yang telah dibawa dari generasi ke generasi sehingga kini. Itulah sebabnya kalau kita tengok anime Jepun, semua watak lukisan mereka memiliki mulut yang kecil dan comel. Barangkali lebih kecil lebih comel bagi mereka.
So, bagi peniaga product makanan mempunyai satu kesukaran untuk menjual makanan mereka kepada wanita Jepun unless ia tidak memerlukan wanita itu membuka mulut besar-besar. So, bagaimana peniaga Burger ingin melariskan jualan mereka lagi?
Terdapat satu restoran burger di Jepun yang dinamakan Freshness Burger mengambil satu langkah bijak dalam counter "budaya" ini disamping masih mengekalkan kecantikan budaya itu. Setelah pecah kepala memikirkan idea, lantas mereka mendapat satu langkah paling baik pernah difikirkan iaitu:
Liberation Wrapper!
Liberation wrapper ini adalah wrapper untuk burger tersebut yang telah diprintkan dengan gambar mulut wanita yang kecil. Wrapper tersebut akan menutupi mulut sehingga ke hidung wanita tersebut.
So, dengan wrapper tersebut, wanita Jepun lebih bebas membuka mulut mereka walau sebesar mana pun untuk makan burger itu, manakala orang lain mendapat satu illusi sebuah wajah yang baik di depan. Simple but genius kan?
Result? Kempen tersebut mendapat hit yang sangat baik sehingga menaikkan sales burger restoran berkenaan kepada wanita di Jepun sebanyak 213% berbanding bulan sebelumnya!
Yes. Itulah sebabnya Research & Developement Department sangat penting dalam sesebuah syarikat. Jika operate dengan baik, maka ia mampu untuk menangani isu atau cabaran perniagaan dengan baik!
0 comments:
Post a Comment