The Flex FM Room

Showing posts with label 3. Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label 3. Aktiviti. Show all posts

Piala YA1M. Tahniah RTM!


Baru-baru ini pihak Flex FM telah bersama masuk ke pertandingan badminton Piala YA1M antara Artis dan Media. Pertandingan tersebut telah dimenangi oleh pihak RTM yang membawa pulang RM5000.

Tahniah diucapkan!

Berikut adalah foto-foto yang berjaya dirakamkan.










Terima Kasih Sinar Harian!!


Tak tahu bagaimana hendak menggambarkan perasaan ni apabila melihat liputan yang dibuat oleh Sinar Harian berkenaan Flex FM ini. Kami sangat-sangat berterima kasih kepada pihak media yang sudi membawa Flex FM ke mata-mata masyarakat yang lain dan seterusnya membuatkan kami bertambah semangat untuk mengecapi dan kejari misi dan visi dalam membawa arus positif dalam hidup bersama-sama.

Pelbagai segmen baru bakal menyusul selepas ini dan kami berjanji akan membawakan sesuatu yang segar kepada halwa telinga anda.

Di samping itu, Flex Media juga akan bergiat dengan lebih bersungguh-sungguh dalam melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti kesihatan dan kebajikan seperti yang telah di war-warkan kepada anda dan anda juga boleh bersama join kami bersama kelak.

Jadi, jangan ketinggalan untuk mengikuti perkembangan kami di page rasmi Flex FM di Facebook dan teruskan tune in bersama Flex FM!

Dimensi Baru Bermula.

>>K<<

Sidang Akhbar Flex FM


15 Januari 2014: Karangkraf Network Sdn Bhd.

Flex FM telah menjalani satu press conference bersama pihak akhbar Sinar Harian. Sidang ini bertujuan bagi mempromosikan nama radio online ini kepada umum serta mengulas lagi mengenai konsep dan visi Flex FM kepada orang ramai.

Dengan usaha ini, maka diharap para pendengar Flex FM dapat mengenali dengan lebih lanjut tentang perjuangan Flex FM dalam membawa konsep positif di dalam industri penyiaran ini. Terdapat pelbagai lagi aktiviti yang akan dianjurkan oleh Flex FM untuk bersama dengan pendengar-pendengar setia di masa akan datang dan pelbagai segmen-segmen baru untuk menarik lagi pendengar-pendengar baru akan disiarkan melalui Flex FM.

Jadi, jangan ketinggalan untuk mendapatkan akhbar Sinar Harian untuk membaca ulasan mengenai kami!

Dimensi Baru Bermula.



Sesi Santai Bersama Retired Stoners


Bagaimana hendak hilangkan rasa tekanan? Ye salah satunya adalah dengan bersantai bersama-sama rakan-rakan dan saling bergelak ketawa. Lupakan gundah gulana yang bersarang dalam jiwa. Malam kelmarin, crew Flex FM daripada Kufaz, Syakiella dan Arina, bersama-sama mengunjungi Rhythm & Blues bagi bersantai sambil menyaksikan live performance dari Retired Stoners.

Band tersebut yang dibarisi oleh tetamu jemputan Flex FM tempohari, Tone Poe beserta Nadim, Sam dan Adeq. Dengan persembahan bersahaja dan relaks, band ini berjaya menjadikan suasana hening menjadi ceria dan gembira.


Band ini juga turut memainkan lagu-lagu nostalgia reggae seperti No Woman No Cry yang pernah dipopularkan oleh lagenda Bob Marley dan beberapa hits daripada mereka sendiri seperti Jangan Sombong dan Ayuh.

Dalam menikmati malam yang indah itu, Flex FM sempat juga menemuramah Poe di atas persembahan beliau di Rhythm & Blues itu dan beliau berkata bahawa, "Sambutan di sini ok dan ada yang berkata ingin kembali minggu hadapan dan itu menunjukkan satu pendekatan yang baik dalam memantapkan lagi persembahan mereka".

So... kepada anda di luar sana, yang ingin merasai sendiri suasana yang santai sambil bertemankan irama reggae, boleh menyaksikan Retired Stoners sendiri di Rhythm & Blues, Menara Hap Seng, Jalan P.Ramlee setiap hari Jumaat dan Sabtu pada pukul 8.30 malam - 12 tengah malam.




Aktiviti Flex FM - XnR Laser Tag

Yeah. Seperti yang kami sudah war-war kan, memang pelbagai aktiviti yang akan kami sediakan bagi memeriahkan dimensi yang sememangnya bermula ini dalam usaha kami menerapkan aura positif kepada para pendengar kami. Ini merupakan salah satu aktiviti yang telah dijalankan oleh Flex FM dahulu andddddd of course! There will be more to come! So stay tune bersama kami. Sebab kami ingin bawa anda semua jalan-jalan! So, enjoy gambar-gambar ini dulu ya!














Join Us!

Pendengar Flex FM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...